Lagi PKPD di 3 lokaliti baharu bermula esok - Utusan Malaysia

Lagi PKPD di 3 lokaliti baharu bermula esok

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serentak di tiga lokaliti baharu selama 14 hari bermula esok.

 Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya Pusat Koreksional Johor dan kuarters kakitangan di Batu 19, Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru.

“Ia melibatkan 937 tahanan, 322 petugas pusat tersebut dan 128 ahli keluarga yang menetap di kuarters meliputi 102 unit rumah,” katanya dalam satu  kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu susulan Kementerian Kesihatan mengesahkan ada lapan kes positif Covid-19 yang direkodkan dalam masa lapan hari bermula 16 Disember lalu.

Menurutnya, kes-kes itu dikesan ketika Orang Kena Tuduh itu hadir bicara mahkamah di daerah lain yang mendedahkan seramai 685 orang dalam kalangan tahanan dan kakitangan sebagai kontak.

Beliau berkata, turut dikenakan PKPD ialah Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor untuk menempatkan sejumlah tahanan lokap polis.

 “Ia bakal menempatkan semua tahanan positif Covid-19 dari lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang bermula 28 Disember hingga 10 Januari ini,” katanya.

Kata beliau, kementerian tersebut sebelum itu telah melaksanakan 171 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut didapati sejumlah 125 kes positif dalam kalangan tahan lokap berkenaan.

 “Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal penularan pandemik Covid-19 dan saringan secara bersasar dapat dibuat ke atas semua tahanan serta kakitangan yang terlibat,” ujarnya.

Tambahnya, PKPD baharu turut membabitkan Penjara Jelebu dan kuarters kakitangannya di Negeri Sembilan susulan 307 kes positif direkodkan meliputi 305 tahanan dan dua warden.

 Katanya, ia susulan 1,086 ujian saringan dilaksanakan oleh kementerian itu sehingga 22 Disember lalu serta melaporkan berlaku peningkatan kes yang melibatkan tahanan dan staf.

Beliau menegaskan, prosedur operasi standard (SOP) di penjara terbabit sama seperti PKPD di lokaliti lain dengan tiada pergerakan keluar masuk dan tidak dibenarkan lawatan ahli keluarga.

Pada masa sama, PKPD di Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13 di Pulau Pinang yang mula 7 Disember lalu, ditamatkan hari ini lebih awal daripada jadual iaitu 31 Disember.

Sehingga kini ujarnya, kementerian itu sudah pun selesai melakukan 5,585 saringan ke atas penduduk mengikut blok dan hanya sebanyak 113 kes positif Covid-19 yang telah direkodkan.

 “Kementerian berkenaan turut mengesahkan berlaku trend penurunan kes baharu wabak itu dan tiada lagi sampel ujian yang masih menunggu keputusan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya