1,327 disaring babitkan kluster baharu Sungai Keluang - Utusan Malaysia

1,327 disaring babitkan kluster baharu Sungai Keluang

JAGDEEP Singh Deo dalam sidang akhbar di Desa Green, Jelutong, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 1,327 individu disaring membabitkan kluster Sungai Keluang iaitu satu lagi kluster baharu yang dikesan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, setakat ini 22 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan kluster berkenaan.

“Pulau Pinang mempunyai 15 kluster aktif termasuk kluster Sungai Keluang dan tindakan saringan dilakukan sebaik sahaja kluster ini dikesan bagi memastikan keselamatan semua pihak.

“Keputusan saringan belum diperoleh dan kita berharap keputusan individu yang disaring membabitkan kluster ini adalah negatif,” katanya dalam sidang akhbar di Desa Green, Jelutong, di sini hari ini.

Kluster Sungai Keluang yang melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan dikesan tiga hari lalu oleh Kementerian Kesihatan.

Menurut Jagdeep, setakat kelmarin, menurut data sumber terbuka daripada Kementerian Kesihatan, sebanyak 38,695 individu  menjalani ujian saringan Covid-19 membabitkan 15 kluster aktif itu. 

“Jumlah kes yang dikesan positif Covid-19 ialah 2,774 dan kes baharu setakat kelmarin ialah 26 kes,” katanya.

Katanya, kira-kira 10,000 daripada lebih 135,000 pekerja warga asing pelbagai sektor di neger ini disaring setakat ini.

Sementara itu, beliau berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh orang ramai bagi memutuskan rantaian Covid-19 perlu terus diperketat memandangkan angka jangkitan pandemik berkenaan masih tinggi.

“Angka jangkitan di seluruh negara kini  lebih 80,000 dan kita amat bimbang jika kita menyambut tahun baharu dengan angka jangkitan mencecah 100,000.

“Walaupun sektor ekonomi semakin rancak, kita jangan lupa terus mengamalkan kebersihan dan mematuhi SOP pencegahan Covid-19,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya