Parlimen ‘kecoh’ isu kakitangan Covid-19, tamat awal hari ini

Parlimen ‘kecoh’ isu kakitangan Covid-19, tamat awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan dipendekkan dari pukul 10 pagi hingga 1 petang dan berkuat kuasa hingga Khamis ini.

Usul penangguhan mesyuarat dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun, ketika usul dibentangkan, Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mencelah dan membangkit persoalan sama ada benar atau tidak laporan kakitangan Dewan Negara dan Polis Bantuan yang dikatakan positif Covid-19 semalam.

Malah, Mahfuz mempertikaikan laporan sebelum ini dengan mendakwa beliau mempunyai rakaman video bagi membuktikan terdapat percanggahan kenyataan yang dikeluarkan membabitkan Kementerian Kesihatan dan Dewan Rakyat.

Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagaimanapun menjelaskan Polis Bantuan yang didakwa positif Covid-19 bertugas di bawah Jabatan Perdana Menteri, manakala kakitangan Dewan Negara dikesan positif sewaktu membuat ujian swab sejak Rabu lalu.

Keadaan sedikit tegang apabila Datuk Dr. Xavier Jayakumar (PH-Kuala Langat) mencelah dan meminta Azhar sekali lagi memberi penjelasan berkenaan laporan semalam yang membabitkan kakitangan terlibat.

“Ini ada kekeliruan. Saya dengar ada tujuh orang positif bekerja di galeri di Dewan Rakyat. Apa yang dikata dan yang diperkatakan lain (bercanggah).

“Kalau ada keperluan buat ujian (swab) kita kena buat. Kalau kena buat ujian kita buat,” katanya dalam sesi Dewan Rakyat hari ini.

Azhar kemudian berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pentadbir Parlimen dan mengeluarkan kenyataan.

Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) kemudian mendakwa pegawai kepada senator yang terbabit berkongsi pejabat dengannya.

“Saya mohon penjelasan Speaker bilakah kali terakhir pegawai tersebut datang ke pejebat kerana dia berkongsi (pejabat) dengan saya.

“Jadi saya ingin tahu bilakah kali terakhir pegawai tersebut berada di pejabat saya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya