Maaf, Piala Malaysia tetap tangguh! - Utusan Malaysia

Maaf, Piala Malaysia tetap tangguh!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rayuan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk meneruskan Piala Malaysia secara berpusat di Kelantan dan Pahang tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar sebentar tadi berkata, biarpun ada mendengar rayuan daripada pasukan-pasukan bertanding, namun beliau tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan dan kesihatan.

Katanya, beliau tidak mengarahkan kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara itu dibatalkan, sebaliknya hanya ditunda.

“Hari ini kita dah mendengar rayuan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) kalau boleh dibenarkan diteruskan.

“Setelah berbincang kita dapati bahaya jangkitan ini bukan sahaja boleh berlaku di tengah padang. Apabila berlaku sentuhan di padang, persentuhan memang tidak dapat dielakkan.

“Saya difahamkan banyak kejohanan-kejohanan lain dimaklumkan tadi Kejohanan Bola Keranjang juga dibatalkan

“Sukma (Sukan Malaysia) saya difahamkan dibatalkan. Semua yang melibatkan pertandingan dibatalkan, jadi kita perlu konsisten di dalam membuat keputusan ini.

“Sebab itu semalam saya kata minta maaf kepada peminat bola sepak yang begitu ramai di seluruh negara.

“Kita bukan sengaja membatalkan tetapi atas nasihat Kementerian Kesihatan, menjamin kesihatan itu lebih utama. Jadi kita tidak menerima atau pun kita terpaksa tidak membenarkan Piala Malaysia itu diteruskan. Kita minta ditangguhkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN