Covid-19: Ibu, bapa dan adik Alif Satar turut positif - Utusan Malaysia

Covid-19: Ibu, bapa dan adik Alif Satar turut positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selain Alif Satar, kini ibu, bapa dan adik bongsu penyanyi ini juga turut disahkan positif Covid-19.

Menurut pengurus Alif, Adlina Abu Bakar keputusan ujian itu disahkan hari ini dan kesemua mereka sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan.

“Setakat ini ibu bapa dan adik Alif berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani proses kuarantin.

“Ikutkan Alif memang sudah agak keputusan ini, sebab mereka semua memang kontak rapat,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu Alif melalui perkongsian di Instagram miliknya Ahad lalu memberitahu dia kini sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk menjalani proses kuarantin selepas positif Covid-19.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya