Hazard, Casemiro positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Hazard, Casemiro positif Covid-19

CASEMIRO (kiri) dan Eden Hazard (tengah) disahkan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bintang penyerang Belgium, Eden Hazard dan rakan sepasukannya di Real Madrid, Casemiro masing-masing diuji positif Covid-19, umum gergasi bola sepak Sepanyol itu sebentar tadi.

“Real Madrid mengumumkan bahawa pemain kami, Casemiro dan Eden Hazard, diuji positif Covid-19 selepas ujian yang dilakukan pada sebelah pagi Jumaat.

“Semua pemain pasukan utama dan staf kejurulatihan, selain kakitangan kelab yang bertugas secara terus dengan skuad didapati negatif dalam ujian tersebut.

“Sementara itu, semua mereka, kecuali Casemiro dan Hazard, sekali lagi didapati negatif menerusi ujian pagi ini,” kata Real dalam satu kenyataan.

Pemain itu tidak akan beraksi apabila Real menentang Valencia esok.

Mereka juga tidak akan menyertai pasukan kebangsaan masing-masing ketika saingan antarabangsa kerana perlu menjalani pengasingan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya