Dr. Zulkifli titip doa buat Safawi, Salah - Utusan Malaysia

Dr. Zulkifli titip doa buat Safawi, Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Situasi terkini bintang Liverpool, Mohamed Salah yang dijangkiti Covid-19 mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

Dalam status di media sosial hari ini, Zulkilfi yang dikenali sebagai penyokong Reds terkejut dengan apa yang menimpa bintang Mesir itu dan mendoakan dia segera sembuh.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan skuad Harimau Malaya, selain bintang bola sepak negara, Safawi Rasid yang kini berada di Portugal menyarung jersi kelab Portimonense.

“Menjadi kelaziman hujung minggu jika ada masa lapang, saya menonton Astro Arena. Agak terkejut bila tahu Mohamed Salah positif Covid-19. Saya doakan beliau segera sembuh.

“Harapan saya juga agar skuad Harimau Malaya turut dipelihara daripada sebarang musibah, kekal sihat seperti seadanya,” tulis Zulkifli.

Dalam hantaran sama, beliau menitipkan doa dan bertanya khabar Safawi.

“Safawi Rasid di sana sihat? Jaga kesihatan dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah. Moga diselamatkan dan dipelihara dari sebarang musibah,” katanya.

Beliau turut meninggalkan doa yang boleh diamalkan umat Islam dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya