Bomba Johor sanitasi 2,271 lokasi sejak Mac - Utusan Malaysia

Bomba Johor sanitasi 2,271 lokasi sejak Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor telah melakukan kerja-kerja sanitasi bagi mengekang penularan Covid-19 yang melibatkan 2,271 lokasi di seluruh Johor sejak 27 Mac sehingga semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Johor, Penguasa Bomba Khairul Hiysam Hamim berkata, lokasi terbabit melibatkan pelbagai institusi berbeza termasuk rumah ibadat, bangunan kerajaan dan tempat awam.

Menurutnya, Johor Bahru merupakan daerah yang paling tinggi melibatkan kerja sanitasi dijalankan pihaknya dengan sejumlah 457 lokasi.

“Ini diikuti dengan daerah Batu Pahat sebanyak 339 lokasi, Kota Tinggi (277), Muar (231), Kluang (198) dan lain-lain.

“Pecahan lokasi di sanitasi melibatkan sebanyak 874 bangunan kerajaan, 174 rumah ibadat, 490 tempat awam dan 733 lain-lain lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kerja sanitasi dilaksanakan dengan menggunakan PPE dan peralatan serta bancuhan bahan kimia bertujuan untuk mengawal penularan pandemik Covid-19. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya