Berkhatan ramai-ramai tidak dibenarkan - Utusan Malaysia

Berkhatan ramai-ramai tidak dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan penganjuran majlis khatan beramai-ramai pada sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, MKN mengeluarkan arahan tersebut memandangkan sebelum ini banyak majlis berkhatan beramai-ramai diadakan pada musim cuti persekolahan.

Menurutnya, larangan tersebut berkuat kuasa sehingga tempoh PKPP berakhir pada 31 Disember ini.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mengadakan majlis khatan beramai-ramai termasuk acara mandi hujan air bomba, kompang dan sembelih kambing,” katanya di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPP bermula 1 September lalu sehingga 31 Disember ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, aktiviti berkhatan hanya dibenarkan di klinik dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN.

Jelasnya, semua klinik terlibat diingatkan mematuhi SOP yang ketat itu mengelakkan wabak Covid-19.

“Banyak ibu bapa yang bertanya tentang perkara ini, maklumlah sudah masuk musim berkhatan anak-anak mereka,” ujarnya.

Sementara itu tinjauan sekitar bandar ini mendapati ibu bapa mengambil kesempatan penutupan awal sekolah berikutan PKPP untuk mengkhatankan anak mereka di klinik swasta.

Pada masa sama, pihak klinik turut menetapkan pelbagai SOP termasuk mengehadkan sesi berkhatan di klinik masing-masing.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya