37 ditahan ingkar PKP di Hulu Terengganu

37 dikompaun ingkar PKP di hulu Terengganu

ANGGOTA polis Hulu Terengganu melakukan pemantauan di sebuah pasar raya bagi memastikan masyarakat di daerah itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. - FOTO/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seramai 37 individu dikompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, daripada jumlah tersebut, 30 orang adalah lelaki manakala tujuh lagi perempuan, dengan kesemua mereka berusia antara 15 hingga 45 tahun.

“Sebanyak 33 individu dikompaun di tempat-tempat awam di sekitar daerah ini dan selebihnya di premis termasuk bank. 

“Walaupun daerah Hulu Terengganu masih kekal sifar kes positif Covid-19, namun masyarakat diingatkan agar tidak memandang mudah soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Adli meminta orang ramai agar sentiasa peka dan mampu menilai risiko jangkitan wabak itu di setiap lokasi yang dikunjungi mereka di samping mengamalkan pemakaian pelitup muka. 

Tegasnya, pihak polis tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana individu yang ingkar arahan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya