19 sekatan jalan raya PKPB di Kelantan - Utusan Malaysia

19 sekatan jalan raya PKPB di Kelantan

SHAFIEN Mamat turun padang melihat pelaksanaan SJR Pulai Chondong di Machang, Kelantan, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Sebanyak 19 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di seluruh negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan berkuat kuasa hari ini sehingga 6 Disember ini..

Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, SJR yang dijalankan kali ini memberi penekanan terhadap kawalan pergerakan keluar masuk antara daerah.

“Bilangan SJR yang dilaksanakan mengikut jumlah persempadanan di setiap daerah. Seramai 200 anggota ditempatkan di setiap SJR.

“Kita dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pelaksanaan SJR ini. Pasukan ATM mula berada di lokasi SJR bermula Isnin,” katanya ketika ditemui pemberita di SJR Pulai Chondong di sini, malam tadi.

Menurut Shafien, agensi-agensi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga memberi bantuan dalam aspek logistik bagi memastikan perjalanan SJR di semua tempat berjalan lancar.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua rakyat Kelantan supaya duduk di rumah serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sehingga PKPB tamat.

“Ia khusus kepada masyarakat di daerah Machang yang berdepan dengan penularan kluster Mengketil yang merebak dengan cepat.

“Begitu juga dengan penduduk dari daerah lain dinasihatkan agar tidak memasuki daerah Machang. Jika tiada urusan yang penting, jangan keluar rumah buat sementara waktu sehingga rantaian wabak Covid-19 dapat diputuskan,” Katanya.

Tambahnya, pergerakan rentas daerah perlu mendapatkan surat kebenaran polis atau surat pengesahan pekerjaan daripada majikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya