Warga kota bayar tol untuk ‘nikmati’ kesesakan lalu lintas
Oleh Teon Eg
14 September 2022, 8:44 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Sejak Malaysia beralih ke fasa endemik Covid-19 April lalu, hari dari hari semakin ramai yang membebel gara-gara terperangkap dalam kesesakan di ibu kota dan kawasan sekitarnya.
Perjalanan yang lazimnya hanya 40 minit ke satu-satu destinasi kini boleh sampai dua jam. Dua jam pergi dan dua jam balik, bayangkan betapa siksanya memandu di Lembah Klang sekarang.
Ketika cuti sekolah minggu lalu, kelompok yang tidak balik kampung menggambarkan mereka akan berseronok memandu kereta ulang-alik dari pejabat. Namun yang berlaku sebaliknya malah kesesakannya berganda dan lebih teruk tidak mengira waktu.
Faktor kesesakan sudah tentu pelbagai dan yang pasti Malaysia semakin banyak kenderaan. Ia diburukkan lagi apabila hujan, kemalangan, pembinaan dan paling tidak boleh diterima jika polis membuat sekatan jalan.
Apabila rakyat kecoh hal kesesakan seperti biasa kerajaan muncul dengan idea menyeru rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Namun, tahukah pak menteri yang bertanggung jawab ke atas hal ehwal pengangkutan awam, penggunaannya juga tidak kondusif dan lebih teruk membazir masa seperti memandu kereta dalam kesesakan.
Faktornya, jaringan pengangkutan seperti LRT, MRT atau komuter belum sepenuhnya selain masalah tidak sistematik.
MRT, LRT mahupun komuter hanya tersedia di beberapa lokasi tetapi kerajaan seperti mengharapkan penduduk satu negara memanfaatkan kemudahan tersebut.
Bagi yang tiada pilihan untuk tiba ke stesen pengangkutan awam, mereka perlu memandu kereta dan membayar caj tempat letak kereta.
Apabila tiba ke stesen terakhir dinaiki, individu itu perlu pula memikirkan untuk sampai ke destinasi yang mahu dituju. Jika destinasi itu berdepan stesen LRT, MRT atau komuter, sudah tentu ia ‘bonus’ buat individu itu.
Tetapi jika sebaliknya, bersedialah mengeluarkan wang Grab atau tunggu masa lama sedikit naik bas percuma. Selepas conggak sana sini, pilihan menggunakan pengangkutan awam bukan murah tetapi boleh jadi berganda berbanding memandu kereta.
Lebih mengharukan, beberapa kali dalam tahun ini sahaja, komuniti menggunakan pengangkutan awam kerap meroyan kerana masalah teknikal kepada MRT dan LRT.
Bila berlaku keadaan itu media sosial menjadi tempat ‘mengadu’ kerana menyedari masalah itu lebih pantas menerima maklum balas pihak bertanggungjawab.
Membincangkan perihal pengangkutan awam dan lain-lain kemudahan komuniti di negara ini sangat memenatkan sampai timbul slogan warga Lembah Klang bayar tol untuk ‘nikmati kesesakan’.
Mungkinkah betul saranan segelintir pihak yang mencadangkan agar pak menteri, ketua-ketua kantor dan semua pemimpin politik meniru pegawai kerajaan di Sweden sama-sama menikmati pengangkutan awam yang diideakan mereka.
Khabarnya menteri dan ahli parlimen di Sweden tidak banyak keistimewaan seperti menteri-menteri di Malaysia sampaikan panggilan telefon pun ada pembantu untuk menjawabnya.
Dari situ, penggubal dasar boleh memahami keperluan rakyat dan bukannya melaksanakan dasar-dasar hasil cadangan demi cadangan yang akhirnya tidak banyak faedah, malah membazir lagi.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Warga kota bayar tol untuk ‘nikmati’ kesesakan lalu lintas
Sejak Malaysia beralih ke fasa endemik Covid-19 April lalu, hari dari hari semakin ramai yang membebel gara-gara terperangkap dalam kesesakan di ibu kota dan kawasan sekitarnya.
Perjalanan yang lazimnya hanya 40 minit ke satu-satu destinasi kini boleh sampai dua jam. Dua jam pergi dan dua jam balik, bayangkan betapa siksanya memandu di Lembah Klang sekarang.
Ketika cuti sekolah minggu lalu, kelompok yang tidak balik kampung menggambarkan mereka akan berseronok memandu kereta ulang-alik dari pejabat. Namun yang berlaku sebaliknya malah kesesakannya berganda dan lebih teruk tidak mengira waktu.
Faktor kesesakan sudah tentu pelbagai dan yang pasti Malaysia semakin banyak kenderaan. Ia diburukkan lagi apabila hujan, kemalangan, pembinaan dan paling tidak boleh diterima jika polis membuat sekatan jalan.
Apabila rakyat kecoh hal kesesakan seperti biasa kerajaan muncul dengan idea menyeru rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Namun, tahukah pak menteri yang bertanggung jawab ke atas hal ehwal pengangkutan awam, penggunaannya juga tidak kondusif dan lebih teruk membazir masa seperti memandu kereta dalam kesesakan.
Faktornya, jaringan pengangkutan seperti LRT, MRT atau komuter belum sepenuhnya selain masalah tidak sistematik.
MRT, LRT mahupun komuter hanya tersedia di beberapa lokasi tetapi kerajaan seperti mengharapkan penduduk satu negara memanfaatkan kemudahan tersebut.
Bagi yang tiada pilihan untuk tiba ke stesen pengangkutan awam, mereka perlu memandu kereta dan membayar caj tempat letak kereta.
Apabila tiba ke stesen terakhir dinaiki, individu itu perlu pula memikirkan untuk sampai ke destinasi yang mahu dituju. Jika destinasi itu berdepan stesen LRT, MRT atau komuter, sudah tentu ia ‘bonus’ buat individu itu.
Tetapi jika sebaliknya, bersedialah mengeluarkan wang Grab atau tunggu masa lama sedikit naik bas percuma. Selepas conggak sana sini, pilihan menggunakan pengangkutan awam bukan murah tetapi boleh jadi berganda berbanding memandu kereta.
Lebih mengharukan, beberapa kali dalam tahun ini sahaja, komuniti menggunakan pengangkutan awam kerap meroyan kerana masalah teknikal kepada MRT dan LRT.
Bila berlaku keadaan itu media sosial menjadi tempat ‘mengadu’ kerana menyedari masalah itu lebih pantas menerima maklum balas pihak bertanggungjawab.
Membincangkan perihal pengangkutan awam dan lain-lain kemudahan komuniti di negara ini sangat memenatkan sampai timbul slogan warga Lembah Klang bayar tol untuk ‘nikmati kesesakan’.
Mungkinkah betul saranan segelintir pihak yang mencadangkan agar pak menteri, ketua-ketua kantor dan semua pemimpin politik meniru pegawai kerajaan di Sweden sama-sama menikmati pengangkutan awam yang diideakan mereka.
Khabarnya menteri dan ahli parlimen di Sweden tidak banyak keistimewaan seperti menteri-menteri di Malaysia sampaikan panggilan telefon pun ada pembantu untuk menjawabnya.
Dari situ, penggubal dasar boleh memahami keperluan rakyat dan bukannya melaksanakan dasar-dasar hasil cadangan demi cadangan yang akhirnya tidak banyak faedah, malah membazir lagi.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved