BARU-BARU ini, timbul isu kurang enak didengar dan dilihat mengenai sikap segelintir rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini bagi mendapatkan rawatan perubatan akibat konflik di Semenanjung Gaza.
Menerusi video yang tular, kelihatan beberapa wanita Palestin ‘mengamuk dan memecahkan barang’ di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
Dalam video itu, seorang wanita Palestin turut menjerit menyatakan No Malaysia! No Malaysia! sambil menghentakkan kaki sebagai tanda protes.
Pada mulanya, tidak diketahui punca sebenar kepada tindakan golongan itu, ada yang membuat andaian mereka mengamuk kerana tidak diberikan layanan yang baik, ada pula yang menyatakan mereka itu adalah orang kaya di Gaza, jadi mereka mahukan layanan ‘kelas pertama’ namun kehendak mereka tidak dilayan.
Terlalu banyak tanggapan dibuat mengenai situasi itu dan sejak itu juga, berbondong-bondong komen dilontarkan rakyat Malaysia dalam platform media sosial.
Ada yang marah, ada yang cuba berfikiran positif, ada yang bersikap neutral. Namun kebanyakannya adalah marah sehinggakan ada yang menyebut ‘bangsa ini memang seperti kacang lupakan kulit’. Malah ada komen ‘memang padan muka negara mereka diserang Israel jika perangai tidak bersyukur seperti ini’.
Ada pula berseloroh cakap mereka sudah boleh makan semula makanan segera terkenal dan minum air kopi jenama antarabangsa yang sebelum ini diboikot ekoran perang Israel di Gaza.
Rakyat Malaysia memang pemurah, suka bantu orang susah. Pantang lalu di ‘news feed’, sama ada video, berita atau gambar orang susah, pasti akan dibantu segera.
Tapi, jangan tidak tahu, rakyat Malaysia juga cepat ‘naik hantu’. Jangan diusik sedikit, pasti berbakul-bakul kena maki, herdik. Jangan dibuat main-main.
Selepas beberapa hari kisah itu tular, akhirnya wanita dalam video tersebut iaitu dikenali sebagai Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd. Rabbah tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya, dia mengamuk kerana mengalami tekanan perasaan selepas terputus hubungan dengan anaknya di Gaza dalam tempoh lama sambil memaklumkan tiga lagi anaknya syahid terkena bedilan tentera Israel.
Kepada mereka yang mengecam tindakan wanita itu, diharapkan jawapan yang diberikannya dapat meredakan rasa marah anda. Fikirkan, jika kita ada ditempatnya, mungkin kita juga akan bertindak demikian.
Kepada mereka yang terus semangat menyokong Palestin, tahniah dan syabas diucapkan kerana walau apa jua berlaku, rasa kasih dan prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Palestin terus diutamakan.
Janganlah disebabkan oleh hal sekecil itu, perjuangan yang kita persembahkan sejak dulu terhenti tiba-tiba. Memang lumrah manusia jika dihimpit tekanan, takut atau sedih, kita boleh bertindak di luar kawal.
Di negara kita pun ada golongan seperti ini. Sudah diberi ‘betis, mahu paha’ pula. Pokoknya, di mana-mana ada sahaja orang berperangai seperti ini.
Cuma bezanya, rakyat Malaysia masih mengamalkan sikap sopan santun, merendah diri yang tinggi walaupun kadang-kadang bermulut ‘puaka’. Sikap empati dalam diri orang kita pun masih tinggi.
Jadi, jangan dijentik emosi orang Malaysia kerana kami sentiasa sokong masyarakat yang ditimpa kesusahan, tidak kisah apa jua bangsa, agama sekali pun. –UTUSAN
Adlinahani Khalil ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Sudah boleh makan ‘Mekdi’ dan Starbucks semula?
BARU-BARU ini, timbul isu kurang enak didengar dan dilihat mengenai sikap segelintir rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini bagi mendapatkan rawatan perubatan akibat konflik di Semenanjung Gaza.
Menerusi video yang tular, kelihatan beberapa wanita Palestin ‘mengamuk dan memecahkan barang’ di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
Dalam video itu, seorang wanita Palestin turut menjerit menyatakan No Malaysia! No Malaysia! sambil menghentakkan kaki sebagai tanda protes.
Pada mulanya, tidak diketahui punca sebenar kepada tindakan golongan itu, ada yang membuat andaian mereka mengamuk kerana tidak diberikan layanan yang baik, ada pula yang menyatakan mereka itu adalah orang kaya di Gaza, jadi mereka mahukan layanan ‘kelas pertama’ namun kehendak mereka tidak dilayan.
Terlalu banyak tanggapan dibuat mengenai situasi itu dan sejak itu juga, berbondong-bondong komen dilontarkan rakyat Malaysia dalam platform media sosial.
Ada yang marah, ada yang cuba berfikiran positif, ada yang bersikap neutral. Namun kebanyakannya adalah marah sehinggakan ada yang menyebut ‘bangsa ini memang seperti kacang lupakan kulit’. Malah ada komen ‘memang padan muka negara mereka diserang Israel jika perangai tidak bersyukur seperti ini’.
Ada pula berseloroh cakap mereka sudah boleh makan semula makanan segera terkenal dan minum air kopi jenama antarabangsa yang sebelum ini diboikot ekoran perang Israel di Gaza.
Rakyat Malaysia memang pemurah, suka bantu orang susah. Pantang lalu di ‘news feed’, sama ada video, berita atau gambar orang susah, pasti akan dibantu segera.
Tapi, jangan tidak tahu, rakyat Malaysia juga cepat ‘naik hantu’. Jangan diusik sedikit, pasti berbakul-bakul kena maki, herdik. Jangan dibuat main-main.
Selepas beberapa hari kisah itu tular, akhirnya wanita dalam video tersebut iaitu dikenali sebagai Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd. Rabbah tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya, dia mengamuk kerana mengalami tekanan perasaan selepas terputus hubungan dengan anaknya di Gaza dalam tempoh lama sambil memaklumkan tiga lagi anaknya syahid terkena bedilan tentera Israel.
Kepada mereka yang mengecam tindakan wanita itu, diharapkan jawapan yang diberikannya dapat meredakan rasa marah anda. Fikirkan, jika kita ada ditempatnya, mungkin kita juga akan bertindak demikian.
Kepada mereka yang terus semangat menyokong Palestin, tahniah dan syabas diucapkan kerana walau apa jua berlaku, rasa kasih dan prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Palestin terus diutamakan.
Janganlah disebabkan oleh hal sekecil itu, perjuangan yang kita persembahkan sejak dulu terhenti tiba-tiba. Memang lumrah manusia jika dihimpit tekanan, takut atau sedih, kita boleh bertindak di luar kawal.
Di negara kita pun ada golongan seperti ini. Sudah diberi ‘betis, mahu paha’ pula. Pokoknya, di mana-mana ada sahaja orang berperangai seperti ini.
Cuma bezanya, rakyat Malaysia masih mengamalkan sikap sopan santun, merendah diri yang tinggi walaupun kadang-kadang bermulut ‘puaka’. Sikap empati dalam diri orang kita pun masih tinggi.
Jadi, jangan dijentik emosi orang Malaysia kerana kami sentiasa sokong masyarakat yang ditimpa kesusahan, tidak kisah apa jua bangsa, agama sekali pun. –UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved