UTUSAN Malaysia dilancarkan semula hari ini di bawah kendalian Media Mulia Sdn. Bhd. selepas lebih sembilan bulan dihentikan penerbitan. Kepada banyak pihak, Utusan Malaysia adalah sebuah institusi yang dikaitkan dengan sejarah yang bermula lapan dekad lalu.
Sejarahnya dikaitkan dengan dorongan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajah, keperluan kepada saluran untuk menyatakan rasa hati masyarakat serta keinginan pengasasnya untuk membuktikan kewibawaan kewartawanan Melayu.
Utusan Malaysia menjadi penyebar pemikiran dan suara rakyat dan mencelikkan masyarakat yang dahagakan maklumat. Kegemilangan lampau bagaimanapun, tidak menjamin kelangsungan. Sejarah berulang kali menceritakan pengakhiran banyak tamadun yang megah berdiri pada satu masa lalu.
Utusan Malaysia tidak terkecuali. Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan hanya mengulangi kesilapan lalu.
Ledakan digital, persepsi masyarakat, defisit kepercayaan, kegagalan memenuhi keperluan pembaca dan keseimbangan kepentingan komersial dan editorial membawa kepada pengakhiran akhbar ini lebih sembilan bulan lalu.
Tetapi penerbitan semula Utusan Malaysia hari ini menjangkaui kepentingan sejarahnya. Kemunculan akhbar ini berlaku ketika industri media dan akhbar di negara ini sedang melalui tempoh yang sukar sejak 24 bulan lalu. Kemunculannya seperti sinar sebutir bintang di malam yang gelap.
Utusan Malaysia hari ini dengan teras ‘Pemikiran Baharu’ akan berusaha mengembalikan keyakinan pembaca, menjadi penyebar maklumat yang boleh dipercayai dan mencetuskan percambahan idea. Kebertanggungjawaban menjadi panduan dalam setiap laporan. Kredibiliti menjadi tonggak operasi.
Masyarakat hari ini mengkehendaki laporan yang objektif, tepat, benar dan adil sama ada daripada aspek politik, sosial dan ekonomi. Iltizam kami untuk membangunkan akhbar nasional yang membawa aspirasi setiap rakyat Malaysia.
Saya meminta pembaca untuk melihat setiaplaporan sebagai hanya pelaporan berita dan bukan diteliti dari kaca mata sama ada ia didorong agenda tertentu, dikategorikan sebagai prokerajaan atau anti-pembangkang serta untuk mengagung atau memburukkan mana-mana pihak.
Sekian lama, industri media di negara ini dibelenggu stigma ini. Menghormati perbezaan pendapat adalah teras mana-mana demokrasi yang dinamik dan satu-satunya cara untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpengetahuan, didedahkan kepada pelbagai perspektif serta membantu membuat rumusan berdasarkan fakta dan bukan emosi.
Akhbar ini adalah satu institusi. Penghormatan tertinggi kepada pengasas-pengasas dan pejuangpejuang asal yang mengorbankan masa, tenaga, keringat dan wang ringgit bagi memulakan akhbar ini ialah memastikan ia tidak gagal sekali lagi. Tiada kebanggaan dalam kegagalan.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Sejarah, kesilapan, pemikiran baharu
UTUSAN Malaysia dilancarkan semula hari ini di bawah kendalian Media Mulia Sdn. Bhd. selepas lebih sembilan bulan dihentikan penerbitan. Kepada banyak pihak, Utusan Malaysia adalah sebuah institusi yang dikaitkan dengan sejarah yang bermula lapan dekad lalu.
Sejarahnya dikaitkan dengan dorongan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajah, keperluan kepada saluran untuk menyatakan rasa hati masyarakat serta keinginan pengasasnya untuk membuktikan kewibawaan kewartawanan Melayu.
Utusan Malaysia menjadi penyebar pemikiran dan suara rakyat dan mencelikkan masyarakat yang dahagakan maklumat. Kegemilangan lampau bagaimanapun, tidak menjamin kelangsungan. Sejarah berulang kali menceritakan pengakhiran banyak tamadun yang megah berdiri pada satu masa lalu.
Utusan Malaysia tidak terkecuali. Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan hanya mengulangi kesilapan lalu.
Ledakan digital, persepsi masyarakat, defisit kepercayaan, kegagalan memenuhi keperluan pembaca dan keseimbangan kepentingan komersial dan editorial membawa kepada pengakhiran akhbar ini lebih sembilan bulan lalu.
Tetapi penerbitan semula Utusan Malaysia hari ini menjangkaui kepentingan sejarahnya. Kemunculan akhbar ini berlaku ketika industri media dan akhbar di negara ini sedang melalui tempoh yang sukar sejak 24 bulan lalu. Kemunculannya seperti sinar sebutir bintang di malam yang gelap.
Utusan Malaysia hari ini dengan teras ‘Pemikiran Baharu’ akan berusaha mengembalikan keyakinan pembaca, menjadi penyebar maklumat yang boleh dipercayai dan mencetuskan percambahan idea. Kebertanggungjawaban menjadi panduan dalam setiap laporan. Kredibiliti menjadi tonggak operasi.
Masyarakat hari ini mengkehendaki laporan yang objektif, tepat, benar dan adil sama ada daripada aspek politik, sosial dan ekonomi. Iltizam kami untuk membangunkan akhbar nasional yang membawa aspirasi setiap rakyat Malaysia.
Saya meminta pembaca untuk melihat setiaplaporan sebagai hanya pelaporan berita dan bukan diteliti dari kaca mata sama ada ia didorong agenda tertentu, dikategorikan sebagai prokerajaan atau anti-pembangkang serta untuk mengagung atau memburukkan mana-mana pihak.
Sekian lama, industri media di negara ini dibelenggu stigma ini. Menghormati perbezaan pendapat adalah teras mana-mana demokrasi yang dinamik dan satu-satunya cara untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpengetahuan, didedahkan kepada pelbagai perspektif serta membantu membuat rumusan berdasarkan fakta dan bukan emosi.
Akhbar ini adalah satu institusi. Penghormatan tertinggi kepada pengasas-pengasas dan pejuangpejuang asal yang mengorbankan masa, tenaga, keringat dan wang ringgit bagi memulakan akhbar ini ialah memastikan ia tidak gagal sekali lagi. Tiada kebanggaan dalam kegagalan.
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved