PENINGKATAN dan kesesakan penduduk Lembah Klang yang menghampiri jumlah 10 juta orang perlu diberikan perhatian semua pihak bukan sahaja kerajaan.
Hal ini kerana perkara itu mencetuskan tekanan melampau terhadap fasiliti awam seperti klinik klinik, hospital dan sekolah, menyebabkan perkhidmatan awam menjadi perlahan dan tidak efisien.
Selain itu, ia mewujudkan ketiadaan ruang hijau dan kawasan rekreasi mencukupi, yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental komuniti bandar.
Kita perlu melihat kepada punca kepadatan bandar yang berlaku apabila jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bandar meningkat secara signifikan berbanding keluasan kawasan tersebut.
Ia khusus melibatkan migrasi dari luar bandar ke bandar apabila ramai penduduk luar bandar berpindah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan, pendidikan dan kehidupan lebih baik.
Apatah lagi ia membabitkan tumpuan bandar yang sering menjadi pusat industri dan perniagaan, menarik ramai orang untuk bekerja dan menetap di situ di samping pembangunan berterusan boleh menyebabkan tumpuan penduduk.
Situasi berkenaan menyebabkan kewujudan pembangunan kawasan perumahan baharu bagi menampung jumlah penduduk di samping pembinaan bangunan pejabat dan pasar raya untuk keperluan ekonomi dan tuntutan harian.
Ini sekali gus banyak pembangunan terpaksa menggunakan kawasan yang sepatutnya untuk tujuan rekreasi untuk pembinaan kediaman dan hartanah.
Akhirnya berlaku pembangunan tidak terancang dan menjejaskan ekosistem alam sekitar berhampiran.
Malah beberapa kejadian tanah runtuh dan tanah jerlus yang berpunca antaranya disebabkan aktiviti manusia, cuaca dan hakisan lapisan tanah tambak di bawah permukaan.
Justeru itu Kuala Lumpur tidak boleh lagi dijadikan fokus utama pembangunan dan tarikan ekonomi, sebaliknya perlu melibatkan negeri berhampiran iaitu Selangor dan Negeri Sembilan.
Gabungan ketiga-tiga negeri itu dengan fokus peluang pekerjaan, pembangunan dan pengangkutan mampu mengurangkan kesesakan dan kepadatan Kuala Lumpur dan sekali gus mengekang aktiviti pembangunan yang menyumbang kepada kejadian alam.
Selain itu, kita perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar supaya penghijrahan ke bandar dapat dikurangkan di samping itu, kewujudan bandar kecil di pinggir bandar utama yang lengkap dengan kemudahan dan peluang pekerjaan untuk mengurangkan tumpuan ke bandar utama.
Namun ini memerlukan perhatian semua pihak termasuk kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk merangka satu pelan strategi dan jangka panjang untuk melihat semula masalah kepadatan penduduk khususnya membabitkan pembangunan kediaman, pusat pendidikan dan pengangkutan.
Kesimpulannya, masalah kepadatan bandar memerlukan tindakan menyeluruh daripada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat.
Dengan perancangan yang bijak dan pelaksanaan dasar yang telus, kepadatan bandar dapat dikawal, sekali gus menjadikan bandar tempat tinggal yang lebih efisien dan lestari. – UTUSAN
Juani Munir Abu Bakar adalah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Rancang pembangunan Lembah Klang dengan bijak
PENINGKATAN dan kesesakan penduduk Lembah Klang yang menghampiri jumlah 10 juta orang perlu diberikan perhatian semua pihak bukan sahaja kerajaan.
Hal ini kerana perkara itu mencetuskan tekanan melampau terhadap fasiliti awam seperti klinik klinik, hospital dan sekolah, menyebabkan perkhidmatan awam menjadi perlahan dan tidak efisien.
Selain itu, ia mewujudkan ketiadaan ruang hijau dan kawasan rekreasi mencukupi, yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental komuniti bandar.
Kita perlu melihat kepada punca kepadatan bandar yang berlaku apabila jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bandar meningkat secara signifikan berbanding keluasan kawasan tersebut.
Ia khusus melibatkan migrasi dari luar bandar ke bandar apabila ramai penduduk luar bandar berpindah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan, pendidikan dan kehidupan lebih baik.
Apatah lagi ia membabitkan tumpuan bandar yang sering menjadi pusat industri dan perniagaan, menarik ramai orang untuk bekerja dan menetap di situ di samping pembangunan berterusan boleh menyebabkan tumpuan penduduk.
Situasi berkenaan menyebabkan kewujudan pembangunan kawasan perumahan baharu bagi menampung jumlah penduduk di samping pembinaan bangunan pejabat dan pasar raya untuk keperluan ekonomi dan tuntutan harian.
Ini sekali gus banyak pembangunan terpaksa menggunakan kawasan yang sepatutnya untuk tujuan rekreasi untuk pembinaan kediaman dan hartanah.
Akhirnya berlaku pembangunan tidak terancang dan menjejaskan ekosistem alam sekitar berhampiran.
Malah beberapa kejadian tanah runtuh dan tanah jerlus yang berpunca antaranya disebabkan aktiviti manusia, cuaca dan hakisan lapisan tanah tambak di bawah permukaan.
Justeru itu Kuala Lumpur tidak boleh lagi dijadikan fokus utama pembangunan dan tarikan ekonomi, sebaliknya perlu melibatkan negeri berhampiran iaitu Selangor dan Negeri Sembilan.
Gabungan ketiga-tiga negeri itu dengan fokus peluang pekerjaan, pembangunan dan pengangkutan mampu mengurangkan kesesakan dan kepadatan Kuala Lumpur dan sekali gus mengekang aktiviti pembangunan yang menyumbang kepada kejadian alam.
Selain itu, kita perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar supaya penghijrahan ke bandar dapat dikurangkan di samping itu, kewujudan bandar kecil di pinggir bandar utama yang lengkap dengan kemudahan dan peluang pekerjaan untuk mengurangkan tumpuan ke bandar utama.
Namun ini memerlukan perhatian semua pihak termasuk kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk merangka satu pelan strategi dan jangka panjang untuk melihat semula masalah kepadatan penduduk khususnya membabitkan pembangunan kediaman, pusat pendidikan dan pengangkutan.
Kesimpulannya, masalah kepadatan bandar memerlukan tindakan menyeluruh daripada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat.
Dengan perancangan yang bijak dan pelaksanaan dasar yang telus, kepadatan bandar dapat dikawal, sekali gus menjadikan bandar tempat tinggal yang lebih efisien dan lestari. – UTUSAN
Juani Munir Abu Bakar adalah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved