Peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) memang mengejutkan semua pihak, termasuk partinya sendiri – Pas.
Sudah tentu ia terkait dengan isu yang masih panas sekarang, iaitu penguasaan pemimpin Bersatu dalam barisan kepimpinan tertinggi PN.
Tindakan drastik Samsuri itu menepati peribahasa, air tenang jangan disangka tiada buaya.
Ketika majoriti pemerhati politik meramal PN bakal bangkit pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekitar tiga tahun lagi, ternyata ada pergolakan yang tidak diketahui umum dalam kalangan pemimpin perikatan itu.
Mungkin Samsuri mahu menyedarkan lamunan para pemimpinnya bahawa dalam PN, Pas sepatutnya memiliki lebih suara atau sekurang-kurangnya seimbang dengan rakan mereka.
Walaupun Bersatu dikatakan mempunyai pemimpin yang lebih menonjol untuk diketengahkan ke peringkat Persekutuan, tetapi Pas mempunyai akar umbi yang kukuh untuk memenangkan perikatan itu.
Dalam kalangan pemimpin akar umbi Pas, mereka melihat tindakan Samsuri sebagai penyedar kepada pemimpin mereka sendiri supaya Pas diberikan peranan yang sama banyak dalam pucuk pimpinan PN.
Ia juga dilihat sebagai peringatan kepada mereka yang menerajui PN, bahawa keretakan yang terlihat sekarang ini akan menyukarkan usaha PN untuk mencabar kombinasi BN dan PH pada PRU16.
Bagi akar umbi Pas pula, mereka sudah lama memendam rasa kerana melihat para pemimpin Bersatu lebih ke hadapan dalam segala hal.
Di Kedah misalnya, jika bercakap dengan pemimpin cawangan Pas, mereka kecewa dengan agihan jawatan Majlis Ketua Kampung (MKK) yang sama banyak antara Pas dan Bersatu.
Bagi akar umbi Pas di Kedah, jawatan itu sepatutnya diagih ikut majoriti ahli parti di sesuatu kawasan. Bukannya diagih secara sama rata hingga meminggirkan majoriti pemimpin cawangan yang bekerja keras memenangkan parti pada PRU15.
Seorang pemimpin Pas cawangan di Parlimen Padang Terap berkata, di cawangannya ahli Pas lebih daripada 100 orang, Bersatu hanya 11 orang, tetapi jawatan MKK diberikan kepada Bersatu.
Pada mereka ini adalah tidak adil kepada para pemimpin cawangan yang bertungkus lumus memastikan PN menang pada PRU15 lalu.
Ini antara kekecewaan akar umbi Pas sejak selepas PRU15 yang merasakan pucuk pimpinan parti terlalu tunduk kepada tuntutan Bersatu.
Setiap kali berbual dengan akar umbi Pas di cawangan-cawangan, mereka merasakan dianaktirikan dalam PN. Majoriti pula masih lagi berharap Muafakat Nasional (MN) menjadi realiti.
Mungkin tindakan Ahmad Samsuri adalah manifestasi kepada kekecewaan akar umbi Pas terhadap kedudukan mereka kepada PN.
Pada masa sama, ia adalah kejutan kepada PN supaya melihat kerjasama dalam perikatan secara menyeluruh dan bukan didominasi oleh kumpulan tertentu sahaja. Ahmad Samsuri adalah antara pemimpin masa depan Pas.
Oleh itu tindakannya sedikit sebanyak tentu akan memberi kesan kepada PN.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
PN, Samsuri dan akar umbi yang kecewa
Peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) memang mengejutkan semua pihak, termasuk partinya sendiri – Pas.
Sudah tentu ia terkait dengan isu yang masih panas sekarang, iaitu penguasaan pemimpin Bersatu dalam barisan kepimpinan tertinggi PN.
Tindakan drastik Samsuri itu menepati peribahasa, air tenang jangan disangka tiada buaya.
Ketika majoriti pemerhati politik meramal PN bakal bangkit pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekitar tiga tahun lagi, ternyata ada pergolakan yang tidak diketahui umum dalam kalangan pemimpin perikatan itu.
Mungkin Samsuri mahu menyedarkan lamunan para pemimpinnya bahawa dalam PN, Pas sepatutnya memiliki lebih suara atau sekurang-kurangnya seimbang dengan rakan mereka.
Walaupun Bersatu dikatakan mempunyai pemimpin yang lebih menonjol untuk diketengahkan ke peringkat Persekutuan, tetapi Pas mempunyai akar umbi yang kukuh untuk memenangkan perikatan itu.
Dalam kalangan pemimpin akar umbi Pas, mereka melihat tindakan Samsuri sebagai penyedar kepada pemimpin mereka sendiri supaya Pas diberikan peranan yang sama banyak dalam pucuk pimpinan PN.
Ia juga dilihat sebagai peringatan kepada mereka yang menerajui PN, bahawa keretakan yang terlihat sekarang ini akan menyukarkan usaha PN untuk mencabar kombinasi BN dan PH pada PRU16.
Bagi akar umbi Pas pula, mereka sudah lama memendam rasa kerana melihat para pemimpin Bersatu lebih ke hadapan dalam segala hal.
Di Kedah misalnya, jika bercakap dengan pemimpin cawangan Pas, mereka kecewa dengan agihan jawatan Majlis Ketua Kampung (MKK) yang sama banyak antara Pas dan Bersatu.
Bagi akar umbi Pas di Kedah, jawatan itu sepatutnya diagih ikut majoriti ahli parti di sesuatu kawasan. Bukannya diagih secara sama rata hingga meminggirkan majoriti pemimpin cawangan yang bekerja keras memenangkan parti pada PRU15.
Seorang pemimpin Pas cawangan di Parlimen Padang Terap berkata, di cawangannya ahli Pas lebih daripada 100 orang, Bersatu hanya 11 orang, tetapi jawatan MKK diberikan kepada Bersatu.
Pada mereka ini adalah tidak adil kepada para pemimpin cawangan yang bertungkus lumus memastikan PN menang pada PRU15 lalu.
Ini antara kekecewaan akar umbi Pas sejak selepas PRU15 yang merasakan pucuk pimpinan parti terlalu tunduk kepada tuntutan Bersatu.
Setiap kali berbual dengan akar umbi Pas di cawangan-cawangan, mereka merasakan dianaktirikan dalam PN. Majoriti pula masih lagi berharap Muafakat Nasional (MN) menjadi realiti.
Mungkin tindakan Ahmad Samsuri adalah manifestasi kepada kekecewaan akar umbi Pas terhadap kedudukan mereka kepada PN.
Pada masa sama, ia adalah kejutan kepada PN supaya melihat kerjasama dalam perikatan secara menyeluruh dan bukan didominasi oleh kumpulan tertentu sahaja. Ahmad Samsuri adalah antara pemimpin masa depan Pas.
Oleh itu tindakannya sedikit sebanyak tentu akan memberi kesan kepada PN.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved