CANTIK, harmoni, aman damai bumi bertuah Malaysia ini.
Ramai impikan jadi warganegara kita. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan 54,000 permohonan mendapatkan taraf kerakyatan untuk tempoh 2017 hingga 2022. Setakat 1 Oktober 2023, sejumlah 9,539 permohonan kewarganegaraan sudah diputuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Orang luar menghargai dan mengiktiraf kestabilan dan kemajmukan kita. Lebih dari itu mereka melihat hujan emas di negara ini. Tidak lagi hujan batu di negara sendiri.
Sebenarnya orang Melayu paling bernasib baik. Mereka ada hak keistimewaan dan serba-serbi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Tinggal cara pembawaan keistimewaan itu sahaja untuk digarap dan diasak dalam mencapai puncak kehidupan.
Cuma isunya, hidup kita di Malaysia terlalu bergantung kepada tenaga asing, orang asing, bahasa asing dan budaya asing. Pasti amat sukar kelak hendak tentukan apa sudah jadi kepada kemampuan, tabii dan sifat semula jadi warga Malaysia sendiri.
Hendak makan, orang lain yang masak dan hidangkan. Hendak baiki rumah, orang lain yang usahakan. Hendak bina kilang, bangunan, anak bangsa tidak lagi laksanakannya. Mungkin kontraktor besarnya anak watan, tapi kakitangan dan tenaga kerjanya semua dari luar tanah air. Kita tidak lagi upaya gunakan tulang empat kerat kita lagi. Kita sudah jadi ‘bangsawan’.
Sudah jadi semacam overload kita. Pandai mengarah, tapi tak pandai mengikut. Kalau terpelajar kita, tidak mahu lagi bekerja bawah-bawah. Semuanya mahu tugasan atas-atas. Kerja 3D – yang diistilah kerja kotor – dipandang hina, diserah semua kepada pendatang.
Dalam keadaan begini juga soal-soal pembudayaan, bahasa, budi, warisan, seni dan cabang-cabang hidup positif yang lain tercicir dan dicicirkan. Ibarat menyukat beras dengan cupak, masuk tak genap keluar dan luak.Amat tepat pepatah lama: bila guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Ingat! puncak biasanya tidak luas. Tidak ramai yang boleh berada di puncak seperti mana ramai yang terdapat di bawah puncak dan di darat.
Namun ada bangsa yang bergerak sebagai satu pasukan. Menyusun langkah secara teratur dan tertib. Mereka mempunyai ketua yang mendahului pasukan yang merintis, menebas dan menebang jalan yang selamat untuk dijejak oleh ahli-ahli pasukannya. Tidak lupa akan mereka yang di belakang dan di bawah serta bergerak berhati-hati secara terancang.
Bangsa yang berpasukan yang tertib ini pasti akan dapat sampai ke puncak perjuangan yang lebih tinggi.
Maka lihatlah, teliti betul-betul intipati Belanjawan 2024 yang akan dibentang Jumaat ini. Mari semua peka dan libatkan diri. Tengok peluang dan ruang apa yang dihidangkan Perdana Menteri, demi menstruktur semula kehidupan diri dan keluarga.
The Road Ahead or the Road Behind? Takdir tidak pernah salah. Kitalah yang melakar apa yang di hadapan.
Hitam putih kehidupan sendiri yang menentukan.
Zulkifli Jalil adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Peka, libat diri, rancakkan Belanjawan 2024
CANTIK, harmoni, aman damai bumi bertuah Malaysia ini.
Ramai impikan jadi warganegara kita. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan 54,000 permohonan mendapatkan taraf kerakyatan untuk tempoh 2017 hingga 2022. Setakat 1 Oktober 2023, sejumlah 9,539 permohonan kewarganegaraan sudah diputuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Orang luar menghargai dan mengiktiraf kestabilan dan kemajmukan kita. Lebih dari itu mereka melihat hujan emas di negara ini. Tidak lagi hujan batu di negara sendiri.
Sebenarnya orang Melayu paling bernasib baik. Mereka ada hak keistimewaan dan serba-serbi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Tinggal cara pembawaan keistimewaan itu sahaja untuk digarap dan diasak dalam mencapai puncak kehidupan.
Cuma isunya, hidup kita di Malaysia terlalu bergantung kepada tenaga asing, orang asing, bahasa asing dan budaya asing. Pasti amat sukar kelak hendak tentukan apa sudah jadi kepada kemampuan, tabii dan sifat semula jadi warga Malaysia sendiri.
Hendak makan, orang lain yang masak dan hidangkan. Hendak baiki rumah, orang lain yang usahakan. Hendak bina kilang, bangunan, anak bangsa tidak lagi laksanakannya. Mungkin kontraktor besarnya anak watan, tapi kakitangan dan tenaga kerjanya semua dari luar tanah air. Kita tidak lagi upaya gunakan tulang empat kerat kita lagi. Kita sudah jadi ‘bangsawan’.
Sudah jadi semacam overload kita. Pandai mengarah, tapi tak pandai mengikut. Kalau terpelajar kita, tidak mahu lagi bekerja bawah-bawah. Semuanya mahu tugasan atas-atas. Kerja 3D – yang diistilah kerja kotor – dipandang hina, diserah semua kepada pendatang.
Dalam keadaan begini juga soal-soal pembudayaan, bahasa, budi, warisan, seni dan cabang-cabang hidup positif yang lain tercicir dan dicicirkan. Ibarat menyukat beras dengan cupak, masuk tak genap keluar dan luak.Amat tepat pepatah lama: bila guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Ingat! puncak biasanya tidak luas. Tidak ramai yang boleh berada di puncak seperti mana ramai yang terdapat di bawah puncak dan di darat.
Namun ada bangsa yang bergerak sebagai satu pasukan. Menyusun langkah secara teratur dan tertib. Mereka mempunyai ketua yang mendahului pasukan yang merintis, menebas dan menebang jalan yang selamat untuk dijejak oleh ahli-ahli pasukannya. Tidak lupa akan mereka yang di belakang dan di bawah serta bergerak berhati-hati secara terancang.
Bangsa yang berpasukan yang tertib ini pasti akan dapat sampai ke puncak perjuangan yang lebih tinggi.
Maka lihatlah, teliti betul-betul intipati Belanjawan 2024 yang akan dibentang Jumaat ini. Mari semua peka dan libatkan diri. Tengok peluang dan ruang apa yang dihidangkan Perdana Menteri, demi menstruktur semula kehidupan diri dan keluarga.
The Road Ahead or the Road Behind? Takdir tidak pernah salah. Kitalah yang melakar apa yang di hadapan.
Hitam putih kehidupan sendiri yang menentukan.
Zulkifli Jalil adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved