TAHUN ini usia UMNO adalah 75 tahun jika dikira tarikh penubuhan awalnya iaitu pada 11 Mei 1946. Namun, parti itu diharamkan pada pada Februari 1988 sebelum didaftarkan semula atas nama UMNO (baru).
UMNO diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Pada 4 Februari, 1988. ‘Pengharaman’ itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli-ahli UMNO yang dikenali Kumpulan 11 yang memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti yang telah berlangsung pada 24 April, 1987. Daripada perbicaraan itu isu cawangan hantu iaitu cawangan yang tidak berdaftar telah dibangkitkan yang menyebabkan keseluruhan UMNO diharamkan.
Selepas dugaan pada 1988 itu, UMNO pada usia 75 tahun nampaknya sekali lagi diuji. Ujian ini jika tidak ditangani dengan bijaksana mungkin juga akan menjurus kepada pengharaman parti itu.
Apa yang cuba dibangkitkan di sini bukan soal mempertahankan UMNO. Tetapi sikap ambil mudah para pemimpin parti Melayu dalam hal-hal yang membabitkan kebertanggungjawaban atau accountability dan menjaga integriti parti dan pemimpin.
Selepas dihidupkan semula pada 1988, imej UMNO sering terpalit dengan pelbagai imej negatif termasuk sekali menjerumus ke dalam krisis apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Presiden pada 1998. Anwar membawa rasa tidak puas hatinya ke jalanan atas nama reformasi dan ia terus berlarutan hingga kini.
Para pemimpin Melayu ini nampaknya tidak pernah mengambil iktibar daripada sejarah. Mereka suka mengambil mudah terutama apabila berada di puncak kuasa. Kadang-kadang dilihat seolah-olah mengekalkan kuasa itu lebih penting daripada parti atau ahli yang mereka wakili.
Sebab itu yang ada kuasa akan bertindak menggunakan kuasa. Yang tidak ada kuasa pula menggunakan apa juga kedudukan untuk mendapatkan kuasa.
Sejarah perpecahan dalam UMNO berulang. Hari ini wujud semuka dua kumpulan bertelagah. Satu pihak bersama kerajaan satu lagi kelihatan seperti pembangkang. Kedua-dua dari benih politik yang sama. Kedua-duanya mendakwa bertindak atas kepentingan ahli dan rakyat yang mereka wakili.
Mereka ini adalah insan-insan suci yang sekelumit pun tidak ada kepentingan atau cita-cita peribadi. Semuanya kerana rakyat. Jadi bersyukurlah lah kita kerana memiliki pemimpin luhur seperti ini.
Tetapi di sebalik keluhuran yang mereka tonjolkan, isu accountability dan integriti tetap menjadi persoalan. Jika dua elemen ini dijaga rasanya keabsahan kewujudan parti Melayu itu tidak akan dicabar. Para pemimpin UMNO tentu ada hujahnya tersendiri untuk mematahkan tuntutan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu.
Namun, pada sisi lain ia mendedahkan kelemahan dan ketidakcekapan mereka dalam menguruskan amanah tiga juta ahli.
Ia mendedahkan bagaimana longgarnya sebuah pertubuhan Melayu diuruskan yang mana ia memberikan imej dan persepsi yang kurang elok kepada orang Melayu secara keseluruhannya.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysian dan Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Nasib parti Melayu berusia 75 tahun
TAHUN ini usia UMNO adalah 75 tahun jika dikira tarikh penubuhan awalnya iaitu pada 11 Mei 1946. Namun, parti itu diharamkan pada pada Februari 1988 sebelum didaftarkan semula atas nama UMNO (baru).
UMNO diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Pada 4 Februari, 1988. ‘Pengharaman’ itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli-ahli UMNO yang dikenali Kumpulan 11 yang memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti yang telah berlangsung pada 24 April, 1987. Daripada perbicaraan itu isu cawangan hantu iaitu cawangan yang tidak berdaftar telah dibangkitkan yang menyebabkan keseluruhan UMNO diharamkan.
Selepas dugaan pada 1988 itu, UMNO pada usia 75 tahun nampaknya sekali lagi diuji. Ujian ini jika tidak ditangani dengan bijaksana mungkin juga akan menjurus kepada pengharaman parti itu.
Apa yang cuba dibangkitkan di sini bukan soal mempertahankan UMNO. Tetapi sikap ambil mudah para pemimpin parti Melayu dalam hal-hal yang membabitkan kebertanggungjawaban atau accountability dan menjaga integriti parti dan pemimpin.
Selepas dihidupkan semula pada 1988, imej UMNO sering terpalit dengan pelbagai imej negatif termasuk sekali menjerumus ke dalam krisis apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Presiden pada 1998. Anwar membawa rasa tidak puas hatinya ke jalanan atas nama reformasi dan ia terus berlarutan hingga kini.
Para pemimpin Melayu ini nampaknya tidak pernah mengambil iktibar daripada sejarah. Mereka suka mengambil mudah terutama apabila berada di puncak kuasa. Kadang-kadang dilihat seolah-olah mengekalkan kuasa itu lebih penting daripada parti atau ahli yang mereka wakili.
Sebab itu yang ada kuasa akan bertindak menggunakan kuasa. Yang tidak ada kuasa pula menggunakan apa juga kedudukan untuk mendapatkan kuasa.
Sejarah perpecahan dalam UMNO berulang. Hari ini wujud semuka dua kumpulan bertelagah. Satu pihak bersama kerajaan satu lagi kelihatan seperti pembangkang. Kedua-dua dari benih politik yang sama. Kedua-duanya mendakwa bertindak atas kepentingan ahli dan rakyat yang mereka wakili.
Mereka ini adalah insan-insan suci yang sekelumit pun tidak ada kepentingan atau cita-cita peribadi. Semuanya kerana rakyat. Jadi bersyukurlah lah kita kerana memiliki pemimpin luhur seperti ini.
Tetapi di sebalik keluhuran yang mereka tonjolkan, isu accountability dan integriti tetap menjadi persoalan. Jika dua elemen ini dijaga rasanya keabsahan kewujudan parti Melayu itu tidak akan dicabar. Para pemimpin UMNO tentu ada hujahnya tersendiri untuk mematahkan tuntutan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu.
Namun, pada sisi lain ia mendedahkan kelemahan dan ketidakcekapan mereka dalam menguruskan amanah tiga juta ahli.
Ia mendedahkan bagaimana longgarnya sebuah pertubuhan Melayu diuruskan yang mana ia memberikan imej dan persepsi yang kurang elok kepada orang Melayu secara keseluruhannya.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysian dan Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved