Apabila pakar-pakar keselamatan jalan raya menyarankan motosikal dilarang menggunakan lebuh raya bertingkat, isu ini kembali diperkatakan. Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang membantah.
Pakar sudah memberikan sebab-sebabnya. Paling utama isu keselamatan. Kata mereka, lebuh raya bertingkat direka tanpa mengambil kira faktor motosikal kerana beberapa kekangan terutama ruang yang terhad, sekaligus tidak membolehkan lorong khas motosikal diwujudkan.
Sudah agak lama isu sama ada motosikal wajar dilarang menggunakan lebuh raya termasuk lebuh raya bertingkat tidak dibangkitkan. Setakat ini juga tiada larangan khusus.
Namun, di banyak negara, ada sekatan tertentu. Di Filipina hanya motosikal berkuasa 400cc dan di India, motosikal 350cc sahaja boleh menggunakan lebuh raya. Begitu juga di beberapa negara Eropah. Di Indonesia, China, Pakistan, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam pula, motosikal dilarang sama sekali.
Faktor lain termasuk permukaan jalan yang berbeza dan lebih keras daripada lebuh raya biasa, lebih curam dan tiada kemudahan untuk berhenti ketika hujan. Apabila tiada tempat untuk berteduh, ia meningkatkan risiko kemalangan kerana terpaksa menunggang dalam keadaan basah dan penglihatan akan terganggu dan terhad.
Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) yang merupakan lebuh raya bertingkat pertama di negara ini pernah melarang motosikal menggunakan lebuh raya itu atas faktor keselamatan tetapi larangan ditarik balik.
Larangan itu dimansuhkan pada pertengahan 2008 atas alasan harga minyak yang melambung ketika itu tetapi sebenarnya ia dibuat atas desakan orang ramai. Ini kerana apabila harga minyak turun, kebenaran itu tidak ditarik balik sampai ke hari ini.
Apabila beberapa lagi lebuh raya bertingkat dibina di Lembah Klang, motosikal tidak lagi dilarang menggunakannya walaupun risiko tinggi.
Ada yang menghujahkan bahawa jumlah kemalangan di lebuh raya bertingkat melibatkan motosikal tidaklah tinggi. Maka, tiada alasan untuk melarang motosikal daripada terus menggunakannya.
Setakat ini, memang tidak tinggi tetapi jika berlaku nahas, ia sangat mengerikan. Sudah ada beberapa kes penunggang tercampak ke bawah dari ketinggian kira-kira 30 meter.
Pada Februari lalu, di Lebuh raya Bertingkat Damansara-Shah Alam, seorang penunggang maut selepas jatuh dari ketinggian 35 meter. Satu lagi kejadian ialah di Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Klang apabila seorang lelaki maut selepas tercampak dari ketinggian 30 meter. Walaupun ada penghadang yang dibina mengikut spesifikasi ditetapkan tetapi ia masih tidak mampu menghalang penunggang motosikal terhumban ke bawah.
Mungkin juga angka nahas yang rendah itu adalah kerana penunggang motosikal lebih berhati-hati kerana menyedari mereka berada di kedudukan yang tinggi dan juga ada kemungkinan pengguna kenderaan lain ‘mengalah’ kepada motosikal untuk mengelakkan kemalangan.
Perlukah kita menunggu statistik kemalangan meninggi sebelum mengambil tindakan? Pakar sudah memberikan pandangan, Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia sudah buat kajian, sekarang giliran pihak berkuasa untuk bertindak.
Usah terlalu berlembut dan mengikut desakan sesetengah pihak. Ini soal nyawa. Lagipun, bukan semua lebuh raya, cuma yang bertingkat sahaja. Mencegah tentunya lebih baik. – UTUSAN
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan
Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Mencegah adalah lebih baik…
Apabila pakar-pakar keselamatan jalan raya menyarankan motosikal dilarang menggunakan lebuh raya bertingkat, isu ini kembali diperkatakan. Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang membantah.
Pakar sudah memberikan sebab-sebabnya. Paling utama isu keselamatan. Kata mereka, lebuh raya bertingkat direka tanpa mengambil kira faktor motosikal kerana beberapa kekangan terutama ruang yang terhad, sekaligus tidak membolehkan lorong khas motosikal diwujudkan.
Sudah agak lama isu sama ada motosikal wajar dilarang menggunakan lebuh raya termasuk lebuh raya bertingkat tidak dibangkitkan. Setakat ini juga tiada larangan khusus.
Namun, di banyak negara, ada sekatan tertentu. Di Filipina hanya motosikal berkuasa 400cc dan di India, motosikal 350cc sahaja boleh menggunakan lebuh raya. Begitu juga di beberapa negara Eropah. Di Indonesia, China, Pakistan, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam pula, motosikal dilarang sama sekali.
Faktor lain termasuk permukaan jalan yang berbeza dan lebih keras daripada lebuh raya biasa, lebih curam dan tiada kemudahan untuk berhenti ketika hujan. Apabila tiada tempat untuk berteduh, ia meningkatkan risiko kemalangan kerana terpaksa menunggang dalam keadaan basah dan penglihatan akan terganggu dan terhad.
Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) yang merupakan lebuh raya bertingkat pertama di negara ini pernah melarang motosikal menggunakan lebuh raya itu atas faktor keselamatan tetapi larangan ditarik balik.
Larangan itu dimansuhkan pada pertengahan 2008 atas alasan harga minyak yang melambung ketika itu tetapi sebenarnya ia dibuat atas desakan orang ramai. Ini kerana apabila harga minyak turun, kebenaran itu tidak ditarik balik sampai ke hari ini.
Apabila beberapa lagi lebuh raya bertingkat dibina di Lembah Klang, motosikal tidak lagi dilarang menggunakannya walaupun risiko tinggi.
Ada yang menghujahkan bahawa jumlah kemalangan di lebuh raya bertingkat melibatkan motosikal tidaklah tinggi. Maka, tiada alasan untuk melarang motosikal daripada terus menggunakannya.
Setakat ini, memang tidak tinggi tetapi jika berlaku nahas, ia sangat mengerikan. Sudah ada beberapa kes penunggang tercampak ke bawah dari ketinggian kira-kira 30 meter.
Pada Februari lalu, di Lebuh raya Bertingkat Damansara-Shah Alam, seorang penunggang maut selepas jatuh dari ketinggian 35 meter. Satu lagi kejadian ialah di Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Klang apabila seorang lelaki maut selepas tercampak dari ketinggian 30 meter. Walaupun ada penghadang yang dibina mengikut spesifikasi ditetapkan tetapi ia masih tidak mampu menghalang penunggang motosikal terhumban ke bawah.
Mungkin juga angka nahas yang rendah itu adalah kerana penunggang motosikal lebih berhati-hati kerana menyedari mereka berada di kedudukan yang tinggi dan juga ada kemungkinan pengguna kenderaan lain ‘mengalah’ kepada motosikal untuk mengelakkan kemalangan.
Perlukah kita menunggu statistik kemalangan meninggi sebelum mengambil tindakan? Pakar sudah memberikan pandangan, Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia sudah buat kajian, sekarang giliran pihak berkuasa untuk bertindak.
Usah terlalu berlembut dan mengikut desakan sesetengah pihak. Ini soal nyawa. Lagipun, bukan semua lebuh raya, cuma yang bertingkat sahaja. Mencegah tentunya lebih baik. – UTUSAN
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan
Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved