`Membawang' satu jenayah - Utusan Malaysia

`Membawang’ satu jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perkataan membawang sungguh trending. Jika dahulu kita kata bergosip. Namun kini ramai memilih untuk menggunakan perkataan membawang.

Contoh bila ada yang bertanya, hang buat apa, mahu pergi mana, individu berkenaan dengan selamba menyahut sedang membawang atau mahu pergi membawang.

Jika benar membawang itu berlaku sudah pasti ia mengaitkan hal-hal orang lain yang tidak baik.
Lagi seronok jika kisah orang ketiga yang ‘dibawangkan’ itu membabitkan perkara jelek atau memalukan.
Walaupun bukan semua orang suka membawang tetapi hakikatnya masih ramai yang tidak boleh tinggalkan tabiat buruk itu.

Membawang boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Jika tidak sempat secara bersemuka, kumpulan tersebut masih boleh melepaskan niat mereka secara online. Isu membawang ini yang penting kena ada rakan yang sama minat atau satu kepala.

Kini semakin ramai dilihat menggunakan media sosial untuk membawang. Namun, dalam ghairah membawang, tahukah kita bahawa perbuatan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai jenayah buli siber oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM mentakrifkan membawang ialah perbuatan seperti memberi komen jelek atau mengaibkan orang lain, kata-kata mengancam atau ugut dan tulisan-tulisan yang berunsur seksual.

SKMM mempunyai Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1998 untuk mendakwa pembuli siber dan jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi berhati-hatilah ketika membawang, lebih bahaya kepada mereka yang obses membawang secara online. SKMM bukan sekadar ada kepakaran mengesan penjenayah buli siber tetapi juga undang-undang yang boleh menghukum.

Membawang secara online lebih mudah dikesan dan dibuktikan berbanding membawang di kedai-kedai kopi atau di lokasi-lokasi senyap di bangunan pejabat.

Sejak kebelakangan ini, SKMM semakin agresif mengekang jenayah yang nampak remeh tetapi kesannya besar sehingga sudah ada mangsa buat keputusan bunuh diri.

Dianggarkan 20 hingga 40 peratus pengguna laman sosial ketika ini pernah menjadi mangsa buli siber.
Motif pembuli ini kebiasaannya berpunca daripada iri hati dan mereka gembira apabila mangsa bertukar jadi murung mahupun bunuh diri. Begitulah bahayanya pembuli siber yang cuba disekat SKMM.

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya