SAAT yang dinanti-nantikan seluruh dunia iaitu menyaksikan gencatan senjata dilaksanakan di Semenanjung Gaza akhirnya terlaksana pada minggu lalu selepas Israel dan Hamas mencapai persetujuan menghentikan konflik yang berlaku.
Keputusan itu turut mendapat sambutan positif daripada pemimpin dunia kerana sudah lama mereka ‘menyeru, mendesak’ supaya keganasan di Gaza dihentikan.
Rakyat Malaysia antara populasi dunia yang mengucapkan rasa syukur dan lega selepas gencatan senjata itu dilaksanakan.
Biarpun tidak pasti sampai bila ia akan dilaksanakan, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin di bumi Gaza.
Konflik berlarutan di Gaza sebelum ini turut mencetuskan gerakan memboikot produk atau perkhidmatan yang dikaitkan dengan Israel, termasuk makanan, peralatan dan banyak lagi.
Gerakan itu boleh dikatakan membuahkan hasil apabila banyak rangkaian perniagaan besar mengakui mereka mengalami kerugian, malahan ada yang ditutup kerana sudah tidak mampu beroperasi.
Terbaharu, seorang usahawan tersohor negara menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan boikot kopi jenama ‘S’ kerana gencatan senjata sudah dilaksanakan, jadi rakyat Palestin tidak akan dibedil lagi oleh serangan Israel.
Isunya di sini, siapa yang percaya dengan Israel? 10 yang dikatakan rejim Zionis itu, belum tentu satu pun boleh dipercayai. Apatah lagi gencatan senjata yang sudah dilaksanakan ini.
Sudah banyak kali Israel mungkir janji untuk tidak menyerang atau menindas rakyat Palestin, baik di Gaza atau Tebing Barat. Semuanya dusta belaka.
Dan, bukan baru ini konflik tercetus antara Palestin dengan Israel. Negara haram itu sudah membuat onar di bumi Palestin sejak 1948 lagi, jadi perlukah kita pegang kata-kata Zionis itu?
Kenapa kita perlu tunduk dengan gesaan itu sedangkan nasib rakyat Palestin sejak dari dulu hingga kini tidak pernah terjamin. Mereka sedang beristirahat di rumah pun boleh tiba-tiba dibom atau ditembak tanpa sebab.
Rasanya, gesaan seperti itu tidak perlu dinyatakan atau diingatkan untuk rakyat negara ini. Mereka lebih tahu apa yang perlu atau tidak perlu dibuat.
Lagi satu, mahu boikot atau tidak, itu terpulang kepada kehendak rakyat. Kita siapa mahu menentukan?
Jika mereka mahu boikot, teruskan dan jika enggan sekali pun, buatlah, tiada siapa melarang. Kita kena hormat pendirian mereka.
Soal untung rugi dalam perniagaan itu juga perkara biasa. Jadi, bersedialah dengan apa jua cabaran dan jika sudah tidak boleh, tutup atau hentikan perniagaan itu.
Benar, bercakap memang mudah, tapi, apa pilihan yang ada? Kita tidak boleh paksa masyarakat untuk terus beli atau guna produk yang dijual.
Kini, kita cuma boleh berharap gencatan senjata ini dapat memberikan sinar baharu buat rakyat Palestin untuk bina semula kehidupan mereka yang sudah pun hancur selama berdekad-dekad. Mungkin di dunia diuji begitu dahsyat, di akhirat ganjarannya syurga yang kekal. – UTUSAN
Adlinahani Khalil ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Masih boikot ke produk Yahudi?
SAAT yang dinanti-nantikan seluruh dunia iaitu menyaksikan gencatan senjata dilaksanakan di Semenanjung Gaza akhirnya terlaksana pada minggu lalu selepas Israel dan Hamas mencapai persetujuan menghentikan konflik yang berlaku.
Keputusan itu turut mendapat sambutan positif daripada pemimpin dunia kerana sudah lama mereka ‘menyeru, mendesak’ supaya keganasan di Gaza dihentikan.
Rakyat Malaysia antara populasi dunia yang mengucapkan rasa syukur dan lega selepas gencatan senjata itu dilaksanakan.
Biarpun tidak pasti sampai bila ia akan dilaksanakan, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin di bumi Gaza.
Konflik berlarutan di Gaza sebelum ini turut mencetuskan gerakan memboikot produk atau perkhidmatan yang dikaitkan dengan Israel, termasuk makanan, peralatan dan banyak lagi.
Gerakan itu boleh dikatakan membuahkan hasil apabila banyak rangkaian perniagaan besar mengakui mereka mengalami kerugian, malahan ada yang ditutup kerana sudah tidak mampu beroperasi.
Terbaharu, seorang usahawan tersohor negara menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan boikot kopi jenama ‘S’ kerana gencatan senjata sudah dilaksanakan, jadi rakyat Palestin tidak akan dibedil lagi oleh serangan Israel.
Isunya di sini, siapa yang percaya dengan Israel? 10 yang dikatakan rejim Zionis itu, belum tentu satu pun boleh dipercayai. Apatah lagi gencatan senjata yang sudah dilaksanakan ini.
Sudah banyak kali Israel mungkir janji untuk tidak menyerang atau menindas rakyat Palestin, baik di Gaza atau Tebing Barat. Semuanya dusta belaka.
Dan, bukan baru ini konflik tercetus antara Palestin dengan Israel. Negara haram itu sudah membuat onar di bumi Palestin sejak 1948 lagi, jadi perlukah kita pegang kata-kata Zionis itu?
Kenapa kita perlu tunduk dengan gesaan itu sedangkan nasib rakyat Palestin sejak dari dulu hingga kini tidak pernah terjamin. Mereka sedang beristirahat di rumah pun boleh tiba-tiba dibom atau ditembak tanpa sebab.
Rasanya, gesaan seperti itu tidak perlu dinyatakan atau diingatkan untuk rakyat negara ini. Mereka lebih tahu apa yang perlu atau tidak perlu dibuat.
Lagi satu, mahu boikot atau tidak, itu terpulang kepada kehendak rakyat. Kita siapa mahu menentukan?
Jika mereka mahu boikot, teruskan dan jika enggan sekali pun, buatlah, tiada siapa melarang. Kita kena hormat pendirian mereka.
Soal untung rugi dalam perniagaan itu juga perkara biasa. Jadi, bersedialah dengan apa jua cabaran dan jika sudah tidak boleh, tutup atau hentikan perniagaan itu.
Benar, bercakap memang mudah, tapi, apa pilihan yang ada? Kita tidak boleh paksa masyarakat untuk terus beli atau guna produk yang dijual.
Kini, kita cuma boleh berharap gencatan senjata ini dapat memberikan sinar baharu buat rakyat Palestin untuk bina semula kehidupan mereka yang sudah pun hancur selama berdekad-dekad. Mungkin di dunia diuji begitu dahsyat, di akhirat ganjarannya syurga yang kekal. – UTUSAN
Adlinahani Khalil ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved