Insiden seorang kanak-kanak perempuan melecur sebahagian badan dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun di Kampung Senara, Kubur Panjang di Pendang, Kedah malam Selasa lalu amat menyedihkan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Nur Zatil Hidayah Mohd. Tarmizi, 4, melecur kira-kira 46 peratus pada anggota badan. Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua abangnya berusia tujuh dan 10 tahun bermain bunga api dan mercun di hadapan rumah.
Pertama, sedih kerana kanak-kanak semuda itu sudah jadi ‘korban’ pertama bunga api dan mercun ketika umat Islam hendak sambut Syawal beberapa hari lagi.
Kedua, sedih kerana ia natijah keputusan kerajaan membenarkan penjualan mercun dan bunga api pada 3 Februari lalu. Katanya, ia akan disusuli dengan garis panduan yang bakal dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri Pembangunan Kerajaan tempatan, Nga Kor Ming berkata, perkara itu dipersetujui melalui mesyuarat Kabinet semalam selepas mengambil kira penjualan mercun dan bunga api boleh menjadi satu lagi punca hasil kepada negara.
Bahasa mudahnya, pengharaman menjual mercun dan bunga api ditarik balik atas faktor ekonomi iaitu ia salah satu punca untuk menambah pendapatan kepada negara. Biarpun dari sudut yang lain, ia boleh mengundang mudarat iaitu cedera dan juga ke tahap mengorbankan harta benda akibat kebakaran.
Tidak dinafikan, ada juga keseronokan yang diperolehi apabila bermain bunga api dan mercun semasa musim perayaan. Kalau dulu-dulu, orang Melayu terkenal dengan meriam buluh yang menjadi sebagai antara acara tradisi malam raya.
Bagaimanapun, di sebalik sedikit keseronokan, banyak mudarat bermain mercun dan bunga api. Selain itu, ia juga termasuk dalam perbuatan ‘membakar’ wang yang jika tidak dikawal boleh membawa kepada pembaziran.
Pada 4 April lalu di sebuah kampung di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, empat kanak-kanak berusia antara lapan hingga 13 tahun dikejarkan ke hospital selepas terkena letupan mercun yang dipercayai sudah diubah suai. Seorang daripadanya menerima rawatan lanjut akibat kecederaan pada mata kanan.
Sepatutnya, sebarang aktiviti bagi menyatakan kegembiraan menyambut hari raya mestilah selamat dan tidak membawa kepada sebarang kecelakaan. Kalau nak beri anak-anak terutama yang masih kecil main bunga api, mestilah ada ayah atau orang dewasa mengawasi. Jangan dilepaskan budak-budak semata-mata.
Ia bagi mengelak sudah terhantuk baru terngadah. Lagipun bukan budaya Melayu untuk main mercun sambut hari raya. Lebih-lebih lagi Aidilfitri adalah untuk meraikan kejayaan melawan hawa nafsu selepas sebulan berpuasa Ramadan.
Selain itu, ia juga mengundang ketidakharmonian dalam masyarakat. Terutama bagi yang suka main mercun pada tengah malam yang menyebabkan bising dan mengganggu jiran tetangga yang nak berehat dan mengganggu tidur bayi dan anak kecil.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Makin banyak ‘korban’ akibat mercun
Insiden seorang kanak-kanak perempuan melecur sebahagian badan dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun di Kampung Senara, Kubur Panjang di Pendang, Kedah malam Selasa lalu amat menyedihkan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Nur Zatil Hidayah Mohd. Tarmizi, 4, melecur kira-kira 46 peratus pada anggota badan. Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua abangnya berusia tujuh dan 10 tahun bermain bunga api dan mercun di hadapan rumah.
Pertama, sedih kerana kanak-kanak semuda itu sudah jadi ‘korban’ pertama bunga api dan mercun ketika umat Islam hendak sambut Syawal beberapa hari lagi.
Kedua, sedih kerana ia natijah keputusan kerajaan membenarkan penjualan mercun dan bunga api pada 3 Februari lalu. Katanya, ia akan disusuli dengan garis panduan yang bakal dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri Pembangunan Kerajaan tempatan, Nga Kor Ming berkata, perkara itu dipersetujui melalui mesyuarat Kabinet semalam selepas mengambil kira penjualan mercun dan bunga api boleh menjadi satu lagi punca hasil kepada negara.
Bahasa mudahnya, pengharaman menjual mercun dan bunga api ditarik balik atas faktor ekonomi iaitu ia salah satu punca untuk menambah pendapatan kepada negara. Biarpun dari sudut yang lain, ia boleh mengundang mudarat iaitu cedera dan juga ke tahap mengorbankan harta benda akibat kebakaran.
Tidak dinafikan, ada juga keseronokan yang diperolehi apabila bermain bunga api dan mercun semasa musim perayaan. Kalau dulu-dulu, orang Melayu terkenal dengan meriam buluh yang menjadi sebagai antara acara tradisi malam raya.
Bagaimanapun, di sebalik sedikit keseronokan, banyak mudarat bermain mercun dan bunga api. Selain itu, ia juga termasuk dalam perbuatan ‘membakar’ wang yang jika tidak dikawal boleh membawa kepada pembaziran.
Pada 4 April lalu di sebuah kampung di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, empat kanak-kanak berusia antara lapan hingga 13 tahun dikejarkan ke hospital selepas terkena letupan mercun yang dipercayai sudah diubah suai. Seorang daripadanya menerima rawatan lanjut akibat kecederaan pada mata kanan.
Sepatutnya, sebarang aktiviti bagi menyatakan kegembiraan menyambut hari raya mestilah selamat dan tidak membawa kepada sebarang kecelakaan. Kalau nak beri anak-anak terutama yang masih kecil main bunga api, mestilah ada ayah atau orang dewasa mengawasi. Jangan dilepaskan budak-budak semata-mata.
Ia bagi mengelak sudah terhantuk baru terngadah. Lagipun bukan budaya Melayu untuk main mercun sambut hari raya. Lebih-lebih lagi Aidilfitri adalah untuk meraikan kejayaan melawan hawa nafsu selepas sebulan berpuasa Ramadan.
Selain itu, ia juga mengundang ketidakharmonian dalam masyarakat. Terutama bagi yang suka main mercun pada tengah malam yang menyebabkan bising dan mengganggu jiran tetangga yang nak berehat dan mengganggu tidur bayi dan anak kecil.
Hari raya lebih aman tanpa mercun. –UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved