Negara baru sahaja menyambut dua acara yang melibatkan masyarakat Cina dan India baru-baru ini.
Tahun Baharu Cina iaitu permulaan tahun baharu bagi masyarakat Cina diraikan pada 29 Januari lalu dan perayaan Thaipusam pada 11 Februari lalu.
Jika masyarakat Cina meraikannya kerana kedatangan tahun baharu dalam kalendar Cina, Thaipusam pula melibatkan kepercayaan agama masyarakat India sebagai penghormatan kepada Dewa Murugan yang berjaya membunuh tiga iblis.
Kedua-duanya diiktiraf sebagai perayaan utama dan merupakan cuti umum bagi negara ini kecuali Thaipusam di beberapa negeri khususnya yang ramai penganut Hindu berada.
Apapun kedua-duanya disambut meriah oleh masyarakat Cina dan India, tanpa sebarang bantahan daripada masyarakat Melayu, penduduk majoriti di negara ini.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, perayaan berasaskan kaum menjadi masalah kepada masyarakat majmuk di negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri yang akan diraikan umat Islam pada hujung Mac nanti.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia minggu lalu, orang Melayu menyumbang 58.1 peratus daripada jumlah 34.2 juta penduduk negara ini pada suku tahun keempat 2024.
Penduduk India pula 6.5 peratus, sementara bumiputera lain dan etnik Cina masing-masing 12.3 peratus dan 22.4 peratus.
Populasi berdasarkan kaum itu juga bukan satu masalah kepada orang Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiganya boleh sahaja hidup dalam harmoni, aman dan saling memahami.
Tahun ini Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68 dan selama ini juga rakyatnya menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan semangat kontrak sosialnya. Inilah keistimewaan Malaysia dan keunikan hubungan tiga kaum itu yang telah membawa banyak laba kepada mereka.
Keharmonian, keamanan dan saling menghormati menjadi kunci kepada kemakmuran dan kejayaan ekonomi negara ini.
Selama ini tidak ada garis panduan secara rasmi tentang bagaimana mereka mahu berhubung dan meraikan perbezaaan perayaan serta agama itu. Kesemuanya faham dan saling menghormati malah meraikannya.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Thaipusam menyaksikan perbalahan antara kaum.
Sebab itu idea perlunya garis panduan untuk orang Islam menghadiri perayaan bukan Islam ditolak oleh kerajaan.
Namun isu kaum di negara ini terus diuji atas alasan pengukuhan perpaduan. Terbaharu dicadangkan pula penggubalan Akta Anti Diskriminasi Kaum yang kini menjadi perdebatan di Parlimen.
Begitulah uniknya Malaysia. Walaupun sebahagian besar masyarakatnya percaya dengan amalan hidup selama ini yang menjadi kunci kepada kemakmuran, isu kaum tetap dilihat menjadi modal untuk kelangsungan politik pihak tertentu.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia – UTUSAN
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Laba daripada masyarakat pelbagai kaum
Negara baru sahaja menyambut dua acara yang melibatkan masyarakat Cina dan India baru-baru ini.
Tahun Baharu Cina iaitu permulaan tahun baharu bagi masyarakat Cina diraikan pada 29 Januari lalu dan perayaan Thaipusam pada 11 Februari lalu.
Jika masyarakat Cina meraikannya kerana kedatangan tahun baharu dalam kalendar Cina, Thaipusam pula melibatkan kepercayaan agama masyarakat India sebagai penghormatan kepada Dewa Murugan yang berjaya membunuh tiga iblis.
Kedua-duanya diiktiraf sebagai perayaan utama dan merupakan cuti umum bagi negara ini kecuali Thaipusam di beberapa negeri khususnya yang ramai penganut Hindu berada.
Apapun kedua-duanya disambut meriah oleh masyarakat Cina dan India, tanpa sebarang bantahan daripada masyarakat Melayu, penduduk majoriti di negara ini.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, perayaan berasaskan kaum menjadi masalah kepada masyarakat majmuk di negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri yang akan diraikan umat Islam pada hujung Mac nanti.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia minggu lalu, orang Melayu menyumbang 58.1 peratus daripada jumlah 34.2 juta penduduk negara ini pada suku tahun keempat 2024.
Penduduk India pula 6.5 peratus, sementara bumiputera lain dan etnik Cina masing-masing 12.3 peratus dan 22.4 peratus.
Populasi berdasarkan kaum itu juga bukan satu masalah kepada orang Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiganya boleh sahaja hidup dalam harmoni, aman dan saling memahami.
Tahun ini Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68 dan selama ini juga rakyatnya menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan semangat kontrak sosialnya. Inilah keistimewaan Malaysia dan keunikan hubungan tiga kaum itu yang telah membawa banyak laba kepada mereka.
Keharmonian, keamanan dan saling menghormati menjadi kunci kepada kemakmuran dan kejayaan ekonomi negara ini.
Selama ini tidak ada garis panduan secara rasmi tentang bagaimana mereka mahu berhubung dan meraikan perbezaaan perayaan serta agama itu. Kesemuanya faham dan saling menghormati malah meraikannya.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Thaipusam menyaksikan perbalahan antara kaum.
Sebab itu idea perlunya garis panduan untuk orang Islam menghadiri perayaan bukan Islam ditolak oleh kerajaan.
Namun isu kaum di negara ini terus diuji atas alasan pengukuhan perpaduan. Terbaharu dicadangkan pula penggubalan Akta Anti Diskriminasi Kaum yang kini menjadi perdebatan di Parlimen.
Begitulah uniknya Malaysia. Walaupun sebahagian besar masyarakatnya percaya dengan amalan hidup selama ini yang menjadi kunci kepada kemakmuran, isu kaum tetap dilihat menjadi modal untuk kelangsungan politik pihak tertentu.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved