Ketiadaan kempen untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sembilan buah negeri sedikit-sebanyak mengurangkan kemeriahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Selain empat buah negeri yang baru menyelesaikan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun lalu, lima buah lagi negeri di bawah PKR, DAP dan Pas enggan membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.
Ada baiknya juga keadaan sebegitu kerana kempen PRU15 yang sudah memasuki hari keenam semakin dirasakan bahangnya. Sekurang-kurangnya kempen panas di semua DUN tidak berjangkit ke Parlimen.
Ini kerana sudah ada yang menyerang peribadi calon-calon lawan, fitnah, menipu, pembongkaran kononnya isu-isu besar yang akhirnya dinafikan dan lebih dahsyat isu perkauman terus dimainkan. Perkataan-perkataan kesat menyentuh peribadi dan menggores hati orang tertentu jangan cakaplah.
Tuduhan parti tertentu sebagai komunis, penyokong agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kepimpinan zalim, tidak bijak, lemah, korupsi, penipu dan menuduh penyandang kerusi gagal buat kerja adalah antara isu yang dimainkan secara semberono dalam kempen politik bagi menarik sokongan pengundi.
Seolah-olah dalam kempen dua minggu PRU15, segala-galanya boleh dilakukan dengan bebas tanpa terikat dengan pembuktian, perundangan dan tatasusila. Provokasi melampau itu dikhuatiri akan disusul dengan keganasan dan kekerasan.
Ia sudah pun berlaku di Parlimen Permatang Pauh, Kota Raja apabila calon dan penyokong lawan hampir bergaduh. Malah kejadian bendera parti dan poster gambar calon dikoyak, diturunkan juga meluas berlaku di seluruh negara. Jika tidak ada pihak keselamatan yang mengawasi keadaan dan kehadiran mereka yang menolak kekerasan, sudah pasti pergaduhan berlaku.
Dalam kempen-kempen pilihan raya memang biasa perkara seperti itu berlaku antara penyokong parti yang bertanding. Masing-masing berasa hebat dan orang lain tidak sepatutnya menyekat apa yang mereka hendak lakukan.
Sudah pasti tidak menarik kalau kempen pilihan raya tidak panas dan tiada provokasi melampau. Kadangkala ceramah humor bercampur dengan mengata peribadi orang itulah yang dapat menarik perhatian khalayak untuk datang.
Namun sampai bila keadaan seperti itu akan berterusan ketika politik matang sering dimomokkan? Atau apakah politik ekstrem dan isu perkauman masih menjadi modal dalam kempen politik?
Selepas 15 PRU diadakan, para pemimpin parti tidak lagi boleh hipokrit dalam melaksanakan tanggungjawab menyuburkan demokrasi, membina negara dan mengamalkan politik matang.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Kempen politik matang, ekstrem, perkauman
Ketiadaan kempen untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sembilan buah negeri sedikit-sebanyak mengurangkan kemeriahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Selain empat buah negeri yang baru menyelesaikan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun lalu, lima buah lagi negeri di bawah PKR, DAP dan Pas enggan membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.
Ada baiknya juga keadaan sebegitu kerana kempen PRU15 yang sudah memasuki hari keenam semakin dirasakan bahangnya. Sekurang-kurangnya kempen panas di semua DUN tidak berjangkit ke Parlimen.
Ini kerana sudah ada yang menyerang peribadi calon-calon lawan, fitnah, menipu, pembongkaran kononnya isu-isu besar yang akhirnya dinafikan dan lebih dahsyat isu perkauman terus dimainkan. Perkataan-perkataan kesat menyentuh peribadi dan menggores hati orang tertentu jangan cakaplah.
Tuduhan parti tertentu sebagai komunis, penyokong agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kepimpinan zalim, tidak bijak, lemah, korupsi, penipu dan menuduh penyandang kerusi gagal buat kerja adalah antara isu yang dimainkan secara semberono dalam kempen politik bagi menarik sokongan pengundi.
Seolah-olah dalam kempen dua minggu PRU15, segala-galanya boleh dilakukan dengan bebas tanpa terikat dengan pembuktian, perundangan dan tatasusila. Provokasi melampau itu dikhuatiri akan disusul dengan keganasan dan kekerasan.
Ia sudah pun berlaku di Parlimen Permatang Pauh, Kota Raja apabila calon dan penyokong lawan hampir bergaduh. Malah kejadian bendera parti dan poster gambar calon dikoyak, diturunkan juga meluas berlaku di seluruh negara. Jika tidak ada pihak keselamatan yang mengawasi keadaan dan kehadiran mereka yang menolak kekerasan, sudah pasti pergaduhan berlaku.
Dalam kempen-kempen pilihan raya memang biasa perkara seperti itu berlaku antara penyokong parti yang bertanding. Masing-masing berasa hebat dan orang lain tidak sepatutnya menyekat apa yang mereka hendak lakukan.
Sudah pasti tidak menarik kalau kempen pilihan raya tidak panas dan tiada provokasi melampau. Kadangkala ceramah humor bercampur dengan mengata peribadi orang itulah yang dapat menarik perhatian khalayak untuk datang.
Namun sampai bila keadaan seperti itu akan berterusan ketika politik matang sering dimomokkan? Atau apakah politik ekstrem dan isu perkauman masih menjadi modal dalam kempen politik?
Selepas 15 PRU diadakan, para pemimpin parti tidak lagi boleh hipokrit dalam melaksanakan tanggungjawab menyuburkan demokrasi, membina negara dan mengamalkan politik matang.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved