Apabila anda melantik pemimpin yang bodoh, mungkin masih ada harapan untuk diperbetulkan. Tetapi apabila pemimpin ekonomi terbesar di dunia adalah kedua-duanya bodoh dan gila, seluruh dunia akan mengalami kegawatan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump minggu lalu mengumumkan perang perdagangan kepada hampir setiap pelosok dunia termasuk pulau yang tidak didiami manusia.
Hari Pembebasan Amerika oleh Trump menyaksikan kuasa ekonomi terbesar itu mengenakan tarif ke atas hampir seluruh negara dunia.
Tarif yang dikenakan terutama terhadap negara yang mempunyai imbangan dagangan yang tidak menyebelahi Amerika Syarikat itu akan menghantui lebih tujuh bilion penduduk dunia, menjemput kemelesetan ekonomi, membantutkan pertumbuhan ekonomi dan memiskinkan negara dunia ketiga.
Kesannya sudah dilihat. Sehari selepas pengumuman Trump pasaran saham Amerika Syarikat Dow Jones menjunam 1,600 mata. Pasaran Saham New York kehilangan nilai pasaran sebanyak AS$3.1 trilion. Dalam satu hari, pasaran saham itu hilang kekayaan empat kali ganda saiz ekonomi Malaysia.
Pada Jumaat lalu, pasaran saham utama Dow Jones Amerika Syarikat, menjunam 2,100 mata lagi, terburuk sejak Mac 2020 ketika dunia mengumumkan pandemik Covid-19 melanda dunia.
Semua pasaran saham di seluruh dunia menjunam kerana unjuran kemelesetan ekonomi akan berlaku tidak lama lagi. Negara seperti China, Kesatuan Eropah, Jepun, Australia, Laos, Kemboja, Vietnam dan Malaysia dikenakan tarif tambahan lebih 24 peratus untuk eksport ke Amerika Syarikat.
Keadaan menjadi buruk apabila negara-negara yang terkesan bertindak mengenakan tarif timbal balik terhadap tarif dikenakan Amerika Syarikat. China yang menjadi mangsa terbesar dengan tarif keseluruhan 54 peratus mengenakan tarif 34 peratus kepada barangan import dari negara Trump.
Apa yang dianggap banyak pihak kebodohan adalah formula pengiraan tarif yang digunakan untuk menghukum negara-negara membangun di rantau ASEAN seperti Kemboja, Laos, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.
Barangan yang dieksport ke Amerika Syarikat dari negara ini adalah dari syarikat Amerika Syarikat sendiri. Mereka menggunakan buruh murah untuk menghasilkan barangan untuk negara Uncle Sam. Di Vietnam, pendapatan purata bulanan rakyatnya adalah AS$360, di Laos (AS$179.16), dan Kemboja (AS$95). Purata gaji bulanan di Amerika Syarikat adalah AS$5,555.
Pendapatan rakyat Laos sebulan menyamai harga satu pasang kasut Nike. Dengan pendapatan AS$95 sebulan, berapa ramai rakyat Kemboja dapat membeli Harley Davidson atau kasut Nike dan kebanyakan produk yang dikeluarkan negara-negara ini adalah keluaran syarikat Amerika Syarikat.
Trump menghukum penduduk miskin yang mencari asas untuk hidup hanya untuk memenuhi kegilaan seorang pemimpin yang hanya melihat Amerika Syarikat sebagai satu-satunya negara di dunia.
Ini pemimpin dunia yang mencanang kebebasan bersuara tetapi menahan pelajar universiti di tepi jalan yang memprotes keganasan Israel serta menghantar mereka pulang ke negara asal. Amerika Syarikat kini di bawah kawalan individu narsistik. Dunia memerlukan kepimpinan baharu dan ia bukan Amerika Syarikat. Untuk tempoh sederhana, dunia akan terbakar kerana kegilaan seorang pemimpin.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Kegilaan Trump menghancurkan orde dunia
Apabila anda melantik pemimpin yang bodoh, mungkin masih ada harapan untuk diperbetulkan. Tetapi apabila pemimpin ekonomi terbesar di dunia adalah kedua-duanya bodoh dan gila, seluruh dunia akan mengalami kegawatan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump minggu lalu mengumumkan perang perdagangan kepada hampir setiap pelosok dunia termasuk pulau yang tidak didiami manusia.
Hari Pembebasan Amerika oleh Trump menyaksikan kuasa ekonomi terbesar itu mengenakan tarif ke atas hampir seluruh negara dunia.
Tarif yang dikenakan terutama terhadap negara yang mempunyai imbangan dagangan yang tidak menyebelahi Amerika Syarikat itu akan menghantui lebih tujuh bilion penduduk dunia, menjemput kemelesetan ekonomi, membantutkan pertumbuhan ekonomi dan memiskinkan negara dunia ketiga.
Kesannya sudah dilihat. Sehari selepas pengumuman Trump pasaran saham Amerika Syarikat Dow Jones menjunam 1,600 mata. Pasaran Saham New York kehilangan nilai pasaran sebanyak AS$3.1 trilion. Dalam satu hari, pasaran saham itu hilang kekayaan empat kali ganda saiz ekonomi Malaysia.
Pada Jumaat lalu, pasaran saham utama Dow Jones Amerika Syarikat, menjunam 2,100 mata lagi, terburuk sejak Mac 2020 ketika dunia mengumumkan pandemik Covid-19 melanda dunia.
Semua pasaran saham di seluruh dunia menjunam kerana unjuran kemelesetan ekonomi akan berlaku tidak lama lagi. Negara seperti China, Kesatuan Eropah, Jepun, Australia, Laos, Kemboja, Vietnam dan Malaysia dikenakan tarif tambahan lebih 24 peratus untuk eksport ke Amerika Syarikat.
Keadaan menjadi buruk apabila negara-negara yang terkesan bertindak mengenakan tarif timbal balik terhadap tarif dikenakan Amerika Syarikat. China yang menjadi mangsa terbesar dengan tarif keseluruhan 54 peratus mengenakan tarif 34 peratus kepada barangan import dari negara Trump.
Apa yang dianggap banyak pihak kebodohan adalah formula pengiraan tarif yang digunakan untuk menghukum negara-negara membangun di rantau ASEAN seperti Kemboja, Laos, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.
Barangan yang dieksport ke Amerika Syarikat dari negara ini adalah dari syarikat Amerika Syarikat sendiri. Mereka menggunakan buruh murah untuk menghasilkan barangan untuk negara Uncle Sam. Di Vietnam, pendapatan purata bulanan rakyatnya adalah AS$360, di Laos (AS$179.16), dan Kemboja (AS$95). Purata gaji bulanan di Amerika Syarikat adalah AS$5,555.
Pendapatan rakyat Laos sebulan menyamai harga satu pasang kasut Nike. Dengan pendapatan AS$95 sebulan, berapa ramai rakyat Kemboja dapat membeli Harley Davidson atau kasut Nike dan kebanyakan produk yang dikeluarkan negara-negara ini adalah keluaran syarikat Amerika Syarikat.
Trump menghukum penduduk miskin yang mencari asas untuk hidup hanya untuk memenuhi kegilaan seorang pemimpin yang hanya melihat Amerika Syarikat sebagai satu-satunya negara di dunia.
Ini pemimpin dunia yang mencanang kebebasan bersuara tetapi menahan pelajar universiti di tepi jalan yang memprotes keganasan Israel serta menghantar mereka pulang ke negara asal. Amerika Syarikat kini di bawah kawalan individu narsistik. Dunia memerlukan kepimpinan baharu dan ia bukan Amerika Syarikat. Untuk tempoh sederhana, dunia akan terbakar kerana kegilaan seorang pemimpin.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved