Antara perkara yang dikagumi oleh orang asing atau pelancong yang datang ke Malaysia adalah keharmonian dan perpaduan rakyatnya yang pelbagai kaum.
Ini fakta yang tidak boleh dinafikan! Walaupun berbeza agama, kaum dan budaya, mereka boleh hidup bersama dan saling menghormati antara satu sama lain.
Perpaduan itu jugalah yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara selama ini. Orang Melayu menghormati keberadaan kaum-kaum lain di negara ini dalam membina kehidupan dan berkongsi kek ekonomi yang sama.
Begitu juga orang Cina dan India yang memahami adat dan budaya penduduk asal yang juga kaum majoriti. Mereka boleh hidup dengan harmoni dan saling membantu, lebih-lebih lagi jika tinggal sekampung, setaman atau belajar di sekolah yang sama.
Boleh dikatakan mereka buta warna walaupun ada perkara yang dipendam di dalam hati. Namun rata-rata mereka memahaminya dan tidak perlu dipertikai atas nama negara bangsa dan nikmatnya mereka turut rasai.
Inilah keunikan Malaysia. Ia maju dengan acuannya yang tersendiri.
Kepesatan teknologi maklumat yang menghubungkan semua dunia tanpa sempadan menyebabkan rakyatnya semakin terbuka dengan budaya negara lain. Namun ia bukan satu masalah bagi rakyat Malaysia yang tetap meneruskan kehidupan harmoni kerana sudah lebih enam dekad mereka hidup bersama di sebuah negara merdeka.
Memang ada segelintir yang bersikap perkauman kerana segalanya tidak betul bagi mereka. Lebih malang, ada yang berasa hidup seperti ditindas oleh dasar-dasar kerajaan walaupun hakikatnya kehidupan mereka jauh lebih baik daripada orang lain.
Ada juga yang sudah berpindah ke negara maju tetapi pemikirannya tetap mundur dan terus bermain dengan isu kaum, seolah-olah perpaduan rakyat Malaysia begitu rapuh.
Itu belum lagi dengan sesetengah orang politik yang memainkan pelbagai isu dan berlagak menjadi jaguh kepada komuniti yang diwakili.
Mereka melupakan sejarah, bermain dengan isu kaum dan semangat kenegerian tanpa memikirkan kesannya kepada negara.
Namun tidak semua rakyat menerima idea politik seperti itu terutama selepas apa yang mereka lalui daripada episod perubahan pucuk pimpinan beberapa kali.
Rakyat dapat melihat warna sebenar pemimpin politik terlibat dan apa yang diperjuangkan sebenarnya hanya untuk kelangsungan politik dan menjaga kepentingan diri sendiri.
Sebab itulah di media sosial, ramai yang berkata, “Kami rakyat di bawah ini baik-baik sahaja, orang politik yang bermasalah.”
Bagi kumpulan rakyat biasa itu, mereka merasai denyut nadi di bawah.
Apapun kerajaan tetap perlu bertegas terhadap pihak yang cuba menimbulkan keresahan dalam masyarakat dan memecah belah perpaduan rakyat. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Kami baik-baik sahaja, orang politik yang masalah
Antara perkara yang dikagumi oleh orang asing atau pelancong yang datang ke Malaysia adalah keharmonian dan perpaduan rakyatnya yang pelbagai kaum.
Ini fakta yang tidak boleh dinafikan! Walaupun berbeza agama, kaum dan budaya, mereka boleh hidup bersama dan saling menghormati antara satu sama lain.
Perpaduan itu jugalah yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara selama ini. Orang Melayu menghormati keberadaan kaum-kaum lain di negara ini dalam membina kehidupan dan berkongsi kek ekonomi yang sama.
Begitu juga orang Cina dan India yang memahami adat dan budaya penduduk asal yang juga kaum majoriti. Mereka boleh hidup dengan harmoni dan saling membantu, lebih-lebih lagi jika tinggal sekampung, setaman atau belajar di sekolah yang sama.
Boleh dikatakan mereka buta warna walaupun ada perkara yang dipendam di dalam hati. Namun rata-rata mereka memahaminya dan tidak perlu dipertikai atas nama negara bangsa dan nikmatnya mereka turut rasai.
Inilah keunikan Malaysia. Ia maju dengan acuannya yang tersendiri.
Kepesatan teknologi maklumat yang menghubungkan semua dunia tanpa sempadan menyebabkan rakyatnya semakin terbuka dengan budaya negara lain. Namun ia bukan satu masalah bagi rakyat Malaysia yang tetap meneruskan kehidupan harmoni kerana sudah lebih enam dekad mereka hidup bersama di sebuah negara merdeka.
Memang ada segelintir yang bersikap perkauman kerana segalanya tidak betul bagi mereka. Lebih malang, ada yang berasa hidup seperti ditindas oleh dasar-dasar kerajaan walaupun hakikatnya kehidupan mereka jauh lebih baik daripada orang lain.
Ada juga yang sudah berpindah ke negara maju tetapi pemikirannya tetap mundur dan terus bermain dengan isu kaum, seolah-olah perpaduan rakyat Malaysia begitu rapuh.
Itu belum lagi dengan sesetengah orang politik yang memainkan pelbagai isu dan berlagak menjadi jaguh kepada komuniti yang diwakili.
Mereka melupakan sejarah, bermain dengan isu kaum dan semangat kenegerian tanpa memikirkan kesannya kepada negara.
Namun tidak semua rakyat menerima idea politik seperti itu terutama selepas apa yang mereka lalui daripada episod perubahan pucuk pimpinan beberapa kali.
Rakyat dapat melihat warna sebenar pemimpin politik terlibat dan apa yang diperjuangkan sebenarnya hanya untuk kelangsungan politik dan menjaga kepentingan diri sendiri.
Sebab itulah di media sosial, ramai yang berkata, “Kami rakyat di bawah ini baik-baik sahaja, orang politik yang bermasalah.”
Bagi kumpulan rakyat biasa itu, mereka merasai denyut nadi di bawah.
Apapun kerajaan tetap perlu bertegas terhadap pihak yang cuba menimbulkan keresahan dalam masyarakat dan memecah belah perpaduan rakyat. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved