Walaupun jawatan Presiden UMNO dan timbalannya tidak dipertandingkan pada mesyuarat perwakilan dan pemilihan parti itu kali ini, apa yang akan berlaku pada tarikh 11 Mac dan 18 Mac ini tetap menarik.
Ini kerana sebanyak 11,369 calon telah menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan dalam parti di peringkat bahagian dan UMNO pusat termasuk sayap-sayap parti.
Dengan kehadiran ramai juga muka baharu yang mahu mencuba nasib dalam bidang politik, ia menambahkan lagi kemeriahan dalam pertandingan parti terbesar orang Melayu itu.
Perkembangan itu selari dengan proses peremajaan UMNO dalam menarik sokongan pengundi muda dan juga mencari pelapis baharu kepemimpinan parti.
Proses tersebut perlu berlaku ketika hidup mati UMNO kini bakal ditentukan tindak tanduk dan kebijaksanaan pemimpinnya dalam menentukan kelangsungan parti yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 itu.
UMNO tidak lagi boleh syok sendiri dan hidup dalam penafian tentang penolakan sebahagian pengundi terhadap parti itu seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu.
Apapun alasan prestasi buruk UMNO dalam pilihan raya tersebut, walaupun kalah dengan majoriti tipis sekalipun, bermakna parti itu perlu tunggu sepenggal lagi untuk bangkit semula jika maju menerajui kerajaan.
Sebab itu pemilihan parti kali ini sangat penting kerana ia bakal menentukan hala tuju masa depan parti.
Betul, Presiden dan timbalannya kekal dipegang orang yang sama tetapi jawatan Naib Presiden dan ke bawah, juga adalah penentu masa depan parti kerana merekalah pewaris pemimpin hari ini.
Pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti. Begitu juga dengan UMNO. Proses peremajaan, matang akan terus berulang.
Sebab itu kalau ada yang mahu menyondol pada pemilihan kali ini walaupun baru setahun jagung aktif dalam parti, jangan disekat semangat mereka.
Eksesais itu harus disuburkan kerana hanya dengan cara tersebut pemimpin yang hebat dapat dilahirkan.
Lebih-lebih lagi dalam keadaan UMNO dilihat begitu lemah dan bukan lagi parti dominan dalam kerajaan. Semangat 11,369 calon yang bertanding itu sewajarnya dihormati. Gandingan pemimpin berpengalaman dan muka baharu juga akan memperkukuhkan lagi parti.
Pastinya muka-muka baharu itu juga bukan menyondol semberono sahaja dalam pemilihan dan dunia politik kerana mereka juga tahu tentang arus semasa dan apa yang bakal mereka hadap.
Mereka juga tidak perlu takut mengorak langkah kerana ahli dan penyokong UMNO rata-ratanya sudah matang dan tahu tentang angin perubahan yang sedang berlaku dalam politik tanah air. – UTUSAN
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan takut jadi penyondol
Walaupun jawatan Presiden UMNO dan timbalannya tidak dipertandingkan pada mesyuarat perwakilan dan pemilihan parti itu kali ini, apa yang akan berlaku pada tarikh 11 Mac dan 18 Mac ini tetap menarik.
Ini kerana sebanyak 11,369 calon telah menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan dalam parti di peringkat bahagian dan UMNO pusat termasuk sayap-sayap parti.
Dengan kehadiran ramai juga muka baharu yang mahu mencuba nasib dalam bidang politik, ia menambahkan lagi kemeriahan dalam pertandingan parti terbesar orang Melayu itu.
Perkembangan itu selari dengan proses peremajaan UMNO dalam menarik sokongan pengundi muda dan juga mencari pelapis baharu kepemimpinan parti.
Proses tersebut perlu berlaku ketika hidup mati UMNO kini bakal ditentukan tindak tanduk dan kebijaksanaan pemimpinnya dalam menentukan kelangsungan parti yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 itu.
UMNO tidak lagi boleh syok sendiri dan hidup dalam penafian tentang penolakan sebahagian pengundi terhadap parti itu seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu.
Apapun alasan prestasi buruk UMNO dalam pilihan raya tersebut, walaupun kalah dengan majoriti tipis sekalipun, bermakna parti itu perlu tunggu sepenggal lagi untuk bangkit semula jika maju menerajui kerajaan.
Sebab itu pemilihan parti kali ini sangat penting kerana ia bakal menentukan hala tuju masa depan parti.
Betul, Presiden dan timbalannya kekal dipegang orang yang sama tetapi jawatan Naib Presiden dan ke bawah, juga adalah penentu masa depan parti kerana merekalah pewaris pemimpin hari ini.
Pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti. Begitu juga dengan UMNO. Proses peremajaan, matang akan terus berulang.
Sebab itu kalau ada yang mahu menyondol pada pemilihan kali ini walaupun baru setahun jagung aktif dalam parti, jangan disekat semangat mereka.
Eksesais itu harus disuburkan kerana hanya dengan cara tersebut pemimpin yang hebat dapat dilahirkan.
Lebih-lebih lagi dalam keadaan UMNO dilihat begitu lemah dan bukan lagi parti dominan dalam kerajaan. Semangat 11,369 calon yang bertanding itu sewajarnya dihormati. Gandingan pemimpin berpengalaman dan muka baharu juga akan memperkukuhkan lagi parti.
Pastinya muka-muka baharu itu juga bukan menyondol semberono sahaja dalam pemilihan dan dunia politik kerana mereka juga tahu tentang arus semasa dan apa yang bakal mereka hadap.
Mereka juga tidak perlu takut mengorak langkah kerana ahli dan penyokong UMNO rata-ratanya sudah matang dan tahu tentang angin perubahan yang sedang berlaku dalam politik tanah air. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved