TIADA mana silapnya kalau nama menteri pun rakyat lupa. Lupa sebab ada menteri terbabit tidak buat kerja sewajarnya dalam portfolio diberi.
Ramaikah? Kalau makan cili dia akan terasa pedas. Hari ini ramai kalangan kita tak ingat pun nama menteri. Apa lagi timbalan menteri. Barangkali terlalu ramai senarainya yang berbeza-beza sejak 2018 tiga kali bertukar kerajaan. Bila masuk kali keempat melalui pilihan raya umum 19 November 2022, lagi muncul wajah baharu.
Tapi itu alasan sahaja. Kalau benar buat kerja, tanggungjawab itu dipikul dengan amanah dan komitmen tinggi, menteri berkenaan tidak dilupakan.
Contohnya arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub. Walaupun jasa dan sumbangan arwah lebih terserlah dan diingati setelah pemergiannya dalam memperkenalkan segala inisiatif Rahmahnya, baik “menu, bakul, pakej dan kafe”, ia jelas bukti keberkesanan buah tangannya. Idea dan ilham beginilah yang dituntut daripada seorang menteri. Apa lagi mengepalai sebuah kementerian yang perlu memberi kelegaan kepada rakyat berdepan kos sara hidup.
Sebenarnya ramai kalangan menteri kita berpotensi dan mampu menyerlah. Mereka hanya perlu fokuskan sekurang-kurangnya lima perkara pokok yang menjadi permasalahan besar rakyat.
Contohnya, khidmat kesihatan percuma melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan jantung. Kita maklum untuk rawatan pakar sahaja di hospital swasta menelan belanja hingga puluhan ribu ringgit. Untuk keluarkan tahi telinga yang tersumbat oleh pakar telinga, hidung dan tekak sahaja kosnya sekitar RM600. Itu belum lagi meredakan resdung.
Jadi, menteri berkenaan fikirkan jalannya. Pakatlah dengan pihak-pihak insurans. Lihat dan nilai model yang ada di negara luar untuk dipraktikkan di sini.
Hari ini berapa ramai orang kurang upaya, autisme dan sindrom down di negara ini? Menteri jika komited untuk kurangkan beban ditanggung keluarga mereka ini, perlu tampil dengan idea-idea baharu yang realistik dan penguatkuasaan dilakukan tanpa ragu-ragu. Misalnya, pencegahan tabiat merokok di tempat larangan awam dan kenderaan melebihi garisan putih jika dikuatkuasakan tanpa kompromi, ia akhirnya akan menjadi tabiat dan budaya rakyat kita.
Jika seorang menteri boleh fikir dan selesaikan lima perkara besar yang melingkari permasalahan rakyat, kalau 28 kementerian sudah berapa jumlah idea dan kejayaannya?
Daya fikir setiap menteri itu yang kita dambakan. Bukannya berlagak macam ahli parlimen yang ‘bertekak, melolong’ memanjang setiap kali masuk Dewan Rakyat.
Kita tidak mahu nanti menteri menikmati segala macam insentif, tapi khidmat tidak mencapai aras piawaiannya.
Tambah teruk nanti pula sampai perdana menteri sendiri terpaksa turun padang selesaikan isu-isu yang bersangkut-paut kementerian berkenaan. Bila sampai beliau terpaksa menjalankan tugas sehingga 10 menteri, apa lagi yang kita mahu sandarkan harapan?
Tidak perlu fikiran manusia lagilah. Elok sahaja guna robot dan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang diuar-uarkan cukup popular masa ini.
Dan elok juga dengar khabarnya akan ada rombakan Kabinet dalam waktu terdekat. Struktur dan tukar sahaja jika itu satu-satunya jalan dalam pastikan daya juang dan daya saing Kabinet Malaysia yang berterusan dan dinamik.
Zulkifli Jalil adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan sampai PM buat tugas 10 menteri
TIADA mana silapnya kalau nama menteri pun rakyat lupa. Lupa sebab ada menteri terbabit tidak buat kerja sewajarnya dalam portfolio diberi.
Ramaikah? Kalau makan cili dia akan terasa pedas. Hari ini ramai kalangan kita tak ingat pun nama menteri. Apa lagi timbalan menteri. Barangkali terlalu ramai senarainya yang berbeza-beza sejak 2018 tiga kali bertukar kerajaan. Bila masuk kali keempat melalui pilihan raya umum 19 November 2022, lagi muncul wajah baharu.
Tapi itu alasan sahaja. Kalau benar buat kerja, tanggungjawab itu dipikul dengan amanah dan komitmen tinggi, menteri berkenaan tidak dilupakan.
Contohnya arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub. Walaupun jasa dan sumbangan arwah lebih terserlah dan diingati setelah pemergiannya dalam memperkenalkan segala inisiatif Rahmahnya, baik “menu, bakul, pakej dan kafe”, ia jelas bukti keberkesanan buah tangannya. Idea dan ilham beginilah yang dituntut daripada seorang menteri. Apa lagi mengepalai sebuah kementerian yang perlu memberi kelegaan kepada rakyat berdepan kos sara hidup.
Sebenarnya ramai kalangan menteri kita berpotensi dan mampu menyerlah. Mereka hanya perlu fokuskan sekurang-kurangnya lima perkara pokok yang menjadi permasalahan besar rakyat.
Contohnya, khidmat kesihatan percuma melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan jantung. Kita maklum untuk rawatan pakar sahaja di hospital swasta menelan belanja hingga puluhan ribu ringgit. Untuk keluarkan tahi telinga yang tersumbat oleh pakar telinga, hidung dan tekak sahaja kosnya sekitar RM600. Itu belum lagi meredakan resdung.
Jadi, menteri berkenaan fikirkan jalannya. Pakatlah dengan pihak-pihak insurans. Lihat dan nilai model yang ada di negara luar untuk dipraktikkan di sini.
Hari ini berapa ramai orang kurang upaya, autisme dan sindrom down di negara ini? Menteri jika komited untuk kurangkan beban ditanggung keluarga mereka ini, perlu tampil dengan idea-idea baharu yang realistik dan penguatkuasaan dilakukan tanpa ragu-ragu. Misalnya, pencegahan tabiat merokok di tempat larangan awam dan kenderaan melebihi garisan putih jika dikuatkuasakan tanpa kompromi, ia akhirnya akan menjadi tabiat dan budaya rakyat kita.
Jika seorang menteri boleh fikir dan selesaikan lima perkara besar yang melingkari permasalahan rakyat, kalau 28 kementerian sudah berapa jumlah idea dan kejayaannya?
Daya fikir setiap menteri itu yang kita dambakan. Bukannya berlagak macam ahli parlimen yang ‘bertekak, melolong’ memanjang setiap kali masuk Dewan Rakyat.
Kita tidak mahu nanti menteri menikmati segala macam insentif, tapi khidmat tidak mencapai aras piawaiannya.
Tambah teruk nanti pula sampai perdana menteri sendiri terpaksa turun padang selesaikan isu-isu yang bersangkut-paut kementerian berkenaan. Bila sampai beliau terpaksa menjalankan tugas sehingga 10 menteri, apa lagi yang kita mahu sandarkan harapan?
Tidak perlu fikiran manusia lagilah. Elok sahaja guna robot dan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang diuar-uarkan cukup popular masa ini.
Dan elok juga dengar khabarnya akan ada rombakan Kabinet dalam waktu terdekat. Struktur dan tukar sahaja jika itu satu-satunya jalan dalam pastikan daya juang dan daya saing Kabinet Malaysia yang berterusan dan dinamik.
Zulkifli Jalil adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved