Jangan pilih kasih dalam isu kewarganegaraan - Utusan Malaysia

Jangan pilih kasih dalam isu kewarganegaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Khamis lalu terbaca keluhan seorang pelajar lelaki di Pokok Sena, Kedah yang memperoleh keputusan STPM dengan PNGK 4.00.

Sempurna keputusan pelajar tersebut, malangnya dia mungkin tiada peluang untuk menjejak kaki ke universiti awam.

Ini kerana sehingga memasuki usia 20 tahun dia belum memiliki Mykad gara-gara status ibunya yang tidak diketahui. Sejak dilahirkan, remaja itu tinggal bersama bapanya yang berstatus warganegara di Pokok Sena.

Namun apa yang boleh buat, setakat ini belum ada rezeki diuntuk mendapat kewarganegaraan.
Membaca kisah remaja itu, terkenang berita pemain bola sepak Sri Pahang FC, Tuck Lee, kelahiran Huddersfield, England yang diberi kewargaegaraan.

Keistimewaan dianugerahkan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu menarik perhatian kumpulan pejuang hak anak-anak di Malaysia yang tiada milikan negara.

Begitu juga, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut mempersoalkan bagaimana Tuck Lee dengan mudah diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.

Hannah melontarkan persoalan adakah semua anak-anak yang sedang bergelut menunggu taraf warganegara perlu bermain bola sepak baru akan diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

Soal warganegara mungkin dikelaskan sebagai isu terpencil buat KDN dan rakyat Malaysia lain kerana senarionya sukar digambarkan kecuali dilalui sendiri.
Individu tanpa warganegara boleh disifatkan lebih malang berbanding pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana PATI tetap memiliki negara.

Untuk memohon warganegara bukan mudah dengan pelbagai syarat dan kerenah yang semakin hari semakin menjadi-jadi.

Bagi sesiapa yang pernah berurusan untuk isu tersebut pasti akan mendengar ‘celoteh’ seperti demi keselamatan, ikut Perlembagaan dan paling teruk jika petugas di kaunter memberi jawapan ‘itu bukan masalah kami’ jika syarat menghantar permohonan memerlukan dokumen membabitkan negara lain.

Sudah tentu bukan semua kes berdepan birokrasi namun yang pasti bagi yang ‘kurang pengetahuan’ akan berasa azab untuk melengkapkan borang permohonan kewarganegaraan.

Sememangnya, polisi Malaysia mengetatkan penganugerahan warganegara bagus, namun masalahnya kenapa ada individu diberi dengan mudah manakala yang lain berterusan dinafikan.

Contoh, Rohana, 22, yang dijaga nenek Cina, Chee Hoi Lan yang kisahnya tular kerana ditinggalkan ibu warga Indonesia ketika masih bayi boleh sahaja dianugerah warganegara pada April lalu.

Di sebalik kisah Rohana, isu Tuck Lee pun dengan mudah menjadi warga Malaysia?
Sehubungan itu, kerajaan diminta menyemak semula isu permohonan kewarganegaraan terutamanya yang membabitkan individu yang sah-sah dilahirkan di Malaysia membabitkan salah seorang daripada orang tuanya berstatus warganegara.

Tindakan menafikan kewarganegaraan buat kumpulan tersebut tidak banyak faedah berbanding mengiktiraf mereka yang boleh mengurangkan isu penduduk tanpa negara yang masih ramai di Malaysia.

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya