Jangan longgar syarat sahaja, tengok juga kebajikan jururawat
Oleh Ismail Daud
4 Februari 2025, 6:40 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkifli mengesahkan kerajaan sudah melonggarkan syarat kemasukan ke kursus Diploma Kejururawatan daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit dalam subjek tertentu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Setakat ini, syarat itu hanya terhad kepada ambilan tahun ini dan tahun hadapan.
Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada lebih ramai lepasan SPM memasuki kolej kejururawatan dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan jururawat di negara ini dengan kadar lebih cepat. Dilaporkan terdapat kira-kira 6,000 kekosongan jawatan itu di hospital seluruh negara.
Namun, walaupun dilonggarkan, pemohon masih perlu menduduki peperiksaan di bawah Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Keputusan peperiksaan itu nanti akan menjadi penentu sama ada langkah melonggarkan syarat itu akan diteruskan atau sebaliknya. Ini bermakna, dalam usaha mengatasi isu kekurangan jururawat, kerajaan tidak berkompromi soal kualiti kerana dibimbangi akan menjejaskan keseluruhan sistem kesihatan negara.
Mengapa agaknya berlaku kekosongan yang begitu banyak? Laporan menyebut, tiada pengambilan semasa pandemik Covid-19, penghijrahan jururawat ke luar negara dan berhenti kerja awal adalah antara puncanya. Namun, ada juga laporan yang menyatakan ramai yang tidak berminat menjadi jururawat.
Beban tugas melampau, waktu kerja yang panjang akibat kekurangan petugas dan gaji tidak setimpal dikatakan antara faktor kerjaya itu kurang mendapat sambutan daripada lepasan SPM. Faktor-faktor itu juga menjadi punca ramai jururawat meninggalkan kerjaya itu.
Dalam masa sama, persatuan jururawat dan badan bukan kerajaan dikatakan tidak banyak membantu mempromosi jururawat sebagai kerjaya menarik. Boleh dikatakan, kerjaya itu yang paling kurang diberikan perhatian walaupun jumlah mereka agak besar.
Ada jururawat mendakwa, banyak isu masih tidak selesai. Isu uniform dan kasut pun masih tidak berkesudahan sampai ke hari ini. Itu belum lagi isu elaun kritikal bagi jururawat yang perlu bertugas di luar. Pihak persatuan didakwa hanya berdiam diri.
“Hampir 18 tahun jadi jururawat. Sedih sebab tiada perubahan. Saya dah nak keluar (berhenti) tetapi sedih tengok kawan-kawan struggle. Lagi nak suruh kerja 45 jam. Banyak kes microsleep. Tak nampak apa faedah persatuan,’’ tulis seorang jururawat meluahkan kekecewaannya di laman sosial.
Justeru, selain longgarkan syarat, kerajaan juga perlu melihat soal kebajikan jururawat untuk menarik lebih ramai anak muda menyertainya. Selama ini, kita hanya nampak jururawat senyum sahaja di hospital atau klinik tetapi kita tidak tahu kepayahan mereka.
Dalam masa sama, walaupun ada yang mempersoalkan kewajaran melonggarkan syarat tetapi itu tidak bermakna calon yang terpilih tidak mampu menjadi petugas yang cemerlang. Dengan minat yang mendalam dan tekun ketika menjalani latihan, mereka tentu boleh menjadi jururawat yang cemerlang.
Dalam soal ini, LJM mesti memainkan peranannya ketika memilih calon jururawat dan memastikan kualiti tidak dikompromi walaupun syarat pengambilan dilonggarkan. Harapan kita ialah langkah kerajaan ini dapat mengatasi masalah kekurangan jururawat dengan cepat. Paling penting, tidak perlu mengambil jururawat dari India dan Filipina.
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia – UTUSAN
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan longgar syarat sahaja, tengok juga kebajikan jururawat
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkifli mengesahkan kerajaan sudah melonggarkan syarat kemasukan ke kursus Diploma Kejururawatan daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit dalam subjek tertentu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Setakat ini, syarat itu hanya terhad kepada ambilan tahun ini dan tahun hadapan.
Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada lebih ramai lepasan SPM memasuki kolej kejururawatan dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan jururawat di negara ini dengan kadar lebih cepat. Dilaporkan terdapat kira-kira 6,000 kekosongan jawatan itu di hospital seluruh negara.
Namun, walaupun dilonggarkan, pemohon masih perlu menduduki peperiksaan di bawah Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Keputusan peperiksaan itu nanti akan menjadi penentu sama ada langkah melonggarkan syarat itu akan diteruskan atau sebaliknya. Ini bermakna, dalam usaha mengatasi isu kekurangan jururawat, kerajaan tidak berkompromi soal kualiti kerana dibimbangi akan menjejaskan keseluruhan sistem kesihatan negara.
Mengapa agaknya berlaku kekosongan yang begitu banyak? Laporan menyebut, tiada pengambilan semasa pandemik Covid-19, penghijrahan jururawat ke luar negara dan berhenti kerja awal adalah antara puncanya. Namun, ada juga laporan yang menyatakan ramai yang tidak berminat menjadi jururawat.
Beban tugas melampau, waktu kerja yang panjang akibat kekurangan petugas dan gaji tidak setimpal dikatakan antara faktor kerjaya itu kurang mendapat sambutan daripada lepasan SPM. Faktor-faktor itu juga menjadi punca ramai jururawat meninggalkan kerjaya itu.
Dalam masa sama, persatuan jururawat dan badan bukan kerajaan dikatakan tidak banyak membantu mempromosi jururawat sebagai kerjaya menarik. Boleh dikatakan, kerjaya itu yang paling kurang diberikan perhatian walaupun jumlah mereka agak besar.
Ada jururawat mendakwa, banyak isu masih tidak selesai. Isu uniform dan kasut pun masih tidak berkesudahan sampai ke hari ini. Itu belum lagi isu elaun kritikal bagi jururawat yang perlu bertugas di luar. Pihak persatuan didakwa hanya berdiam diri.
“Hampir 18 tahun jadi jururawat. Sedih sebab tiada perubahan. Saya dah nak keluar (berhenti) tetapi sedih tengok kawan-kawan struggle. Lagi nak suruh kerja 45 jam. Banyak kes microsleep. Tak nampak apa faedah persatuan,’’ tulis seorang jururawat meluahkan kekecewaannya di laman sosial.
Justeru, selain longgarkan syarat, kerajaan juga perlu melihat soal kebajikan jururawat untuk menarik lebih ramai anak muda menyertainya. Selama ini, kita hanya nampak jururawat senyum sahaja di hospital atau klinik tetapi kita tidak tahu kepayahan mereka.
Dalam masa sama, walaupun ada yang mempersoalkan kewajaran melonggarkan syarat tetapi itu tidak bermakna calon yang terpilih tidak mampu menjadi petugas yang cemerlang. Dengan minat yang mendalam dan tekun ketika menjalani latihan, mereka tentu boleh menjadi jururawat yang cemerlang.
Dalam soal ini, LJM mesti memainkan peranannya ketika memilih calon jururawat dan memastikan kualiti tidak dikompromi walaupun syarat pengambilan dilonggarkan. Harapan kita ialah langkah kerajaan ini dapat mengatasi masalah kekurangan jururawat dengan cepat. Paling penting, tidak perlu mengambil jururawat dari India dan Filipina.
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved