Harga barang, apa kerajaan buat? - Utusan Malaysia

Harga barang, apa kerajaan buat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

teon mindaHarga barang, apa kerajaan buat? Macam mana mahu hidup ayam mahal, telur mahal, cili dan hampir semua sayur naik harga.

Sesiapa yang pernah ke pasar atau pasar raya akan terkedu melihat harga cili kecil merah terkini sekitar RM19 hingga RM20 sekilogram.

Itu belum lagi ambil kira kenaikan harga roti bagi beberapa jenama. Zaman sekarang tidak ada lagi roti dengan harga RM1 yang boleh dibeli seorang murid tadika atau kanak-kanak di taman asuhan.

Justeru, tidak hairan mereka yang berperanan membeli barang dapur kini terpaksa mengambil masa lebih lama untuk membuat pilihan bagi setiap bahan mentah yang mahu dibeli.

Menilai dan membanding sebelum membeli penting kerana jika tidak boleh mengundang catu-mencatu makanan untuk ahli keluarga menjelang pertengahan bulan.

Betul kerajaan Keluarga Malaysia menyalurkan macam-macam bantuan untuk kumpulan B40 dan ke bawah tetapi sejauh mana atau berapa lama jumlah dihulurkan boleh menjadi talian hayat buat mereka?

Seminggu selepas memasuki tahun baharu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta rakyat bersedia dan memahami dengan harga ayam dan telur yang bakal naik.

Kenaikan tersebut kata Alexander susulan tamatnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) selepas 4 Februari.

Kenyataan KPDNHEP tersebut tidak ubah seperti meminta rakyat pasrah manakala kerajaan pula macam tidak mahu melakukan apa-apa lagi.

Tetapi menyedihkan belum pun tiba tarikh 4 Februari, harga hampir semua barang sudah mencanak. Dari hujung tahun lalu, ramai mengeluh untuk membeli barang binaan, alat ganti kenderaan dan motosikal yang meningkat sehingga ada antaranya naik 100 peratus.

Percayalah, ramai dalam kalangan rakyat marhaen kini sanggup terus mendiami rumah bumbung bocor atau terus memandu kenderaan tidak diselenggara gara-gara tidak berkemampuan.

Melihat situasi mendesak hari ke hari, tidak wajar kerajaan menyuruh rakyat memahami dengan kenaikan harga barang. Sebagai kerajaan, setiap menteri yang dilantik dan seperti diumum mencapai markah 90 peratus wajar mencari jalan memulihkan kesengsaraan rakyat.

Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan banjir atau baucar tidak menyeluruh dan berkesan untuk berdepan dengan kos sara hidup.

Semua bantuan itu bukan disalurkan setiap hari sedangkan keperluan asas diperlukan setiap hari. Daripada memberi segala jenis bantuan kononnya bersasar lebih elok kerajaan mencari jalan menstabilkan kembali semua harga barangan sesuai dengan gaji ditawarkan di negara ini.

Lagi satu, selagi tidak berupaya `merawat’ sengsara rakyat, jangan beria memikirkan bila patut diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 kerana kosnya dikhabarkan lebih RM1 bilion.

Eloklah gunakan duit tersebut untuk stabilkan harga barang dahulu. Rakyat ketika ini tidak mementingkan PRU, yang melihat PRU itu penting hanya orang politik yang mahu kuasa.

 

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya