Ingat lagi dengan cadangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada 2015 lalu yang ketika itu beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar rakyat negara ini yang berhadapan masalah kewangan melakukan lebih satu kerja untuk menambah pendapatan.
Selepas menerima kecaman, Ahmad menjelaskan, cadangan agar rakyat Malaysia melakukan tiga kerja bagi menambah pendapatan mereka adalah termasuk melakukan perniagaan dalam talian selain melakukan kerja sedia ada.
Pada tahun lalu pula, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencadangkan agar rakyat masak dan makan di rumah kerana ia lebih menjimatkan.
Menurut beliau, makan di luar membuatkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.
Kedua-dua saranan tersebut dibuat ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan kos sara hidup dan pendapatan mereka yang tidak mencukupi dalam menghadapi masalah tersebut.
Walaupun ia disambut dengan sinis oleh sesetengah pihak, sebenarnya memang ada kewajaran cadangan tersebut terutama bagi mereka yang berhadapan masalah dengan kenaikan kos sara hidup tinggi.
Minggu lalu, akhbar ini juga melaporkan tentang tabiat ketagihan makan di luar menyebabkan sebahagian besar pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan demi memenuhi keinginan tersebut.
Amalan tidak sihat ini mengakibatkan penyusutan pendapatan isi rumah, sekali gus menjadikan mereka lebih terkesan terhadap kenaikan mendadak harga makanan yang dimasak, meskipun kadar inflasi utama telah menunjukkan penurunan.
Berdasarkan laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara, kajian menunjukkan rakyat Malaysia menghabiskan purata RM800 hingga RM1,200 sebulan untuk makanan di luar.
Memanglah selera masing-masing tidak sama tetapi berbelanjalah secara berhemah dan tengok jugalah poket masing-masing. Kalau mampu, berbelanjalah. Jika tidak, berhemahlah dalam berbelanja.
Memasuki tahun baharu 2025, diharapkan mereka yang bermasalah mendapat nafas baharu sama ada melalui pekerjaan baharu, kenaikan gaji dan juga pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu rakyat.
Bagi sesetengah rakyat, banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam mengurangkan tekanan kos sara hidup tinggi termasuk tidak menarik subsidi dalam sektor tertentu atau melaksanakan subsidi bersasar.
Ini kerana pengurangan subsidi atau pelaksanaan subsidi bersasar, akhirnya yang terkena tempiasnya adalah pengguna juga termasuk rakyat yang berpendapatan rendah.
Namun rakyat tidak boleh menyerahkan kepada kerajaan semata-mata untuk membantu mereka.
Jika orang lain boleh membawa bekal makanan ke sekolah, masak di rumah untuk makan bersama ahli keluarga dan berjimat cermat dalam berbelanja, kenapa mereka yang mengeluh kekurangan wang tidak boleh berbuat demikian? – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Harapan baharu tahun 2025
Ingat lagi dengan cadangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada 2015 lalu yang ketika itu beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar rakyat negara ini yang berhadapan masalah kewangan melakukan lebih satu kerja untuk menambah pendapatan.
Selepas menerima kecaman, Ahmad menjelaskan, cadangan agar rakyat Malaysia melakukan tiga kerja bagi menambah pendapatan mereka adalah termasuk melakukan perniagaan dalam talian selain melakukan kerja sedia ada.
Pada tahun lalu pula, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencadangkan agar rakyat masak dan makan di rumah kerana ia lebih menjimatkan.
Menurut beliau, makan di luar membuatkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.
Kedua-dua saranan tersebut dibuat ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan kos sara hidup dan pendapatan mereka yang tidak mencukupi dalam menghadapi masalah tersebut.
Walaupun ia disambut dengan sinis oleh sesetengah pihak, sebenarnya memang ada kewajaran cadangan tersebut terutama bagi mereka yang berhadapan masalah dengan kenaikan kos sara hidup tinggi.
Minggu lalu, akhbar ini juga melaporkan tentang tabiat ketagihan makan di luar menyebabkan sebahagian besar pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan demi memenuhi keinginan tersebut.
Amalan tidak sihat ini mengakibatkan penyusutan pendapatan isi rumah, sekali gus menjadikan mereka lebih terkesan terhadap kenaikan mendadak harga makanan yang dimasak, meskipun kadar inflasi utama telah menunjukkan penurunan.
Berdasarkan laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara, kajian menunjukkan rakyat Malaysia menghabiskan purata RM800 hingga RM1,200 sebulan untuk makanan di luar.
Memanglah selera masing-masing tidak sama tetapi berbelanjalah secara berhemah dan tengok jugalah poket masing-masing. Kalau mampu, berbelanjalah. Jika tidak, berhemahlah dalam berbelanja.
Memasuki tahun baharu 2025, diharapkan mereka yang bermasalah mendapat nafas baharu sama ada melalui pekerjaan baharu, kenaikan gaji dan juga pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu rakyat.
Bagi sesetengah rakyat, banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam mengurangkan tekanan kos sara hidup tinggi termasuk tidak menarik subsidi dalam sektor tertentu atau melaksanakan subsidi bersasar.
Ini kerana pengurangan subsidi atau pelaksanaan subsidi bersasar, akhirnya yang terkena tempiasnya adalah pengguna juga termasuk rakyat yang berpendapatan rendah.
Namun rakyat tidak boleh menyerahkan kepada kerajaan semata-mata untuk membantu mereka.
Jika orang lain boleh membawa bekal makanan ke sekolah, masak di rumah untuk makan bersama ahli keluarga dan berjimat cermat dalam berbelanja, kenapa mereka yang mengeluh kekurangan wang tidak boleh berbuat demikian? – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved