DASAR Ekonomi Baru (DEB) sudah berusia 50 tahun, tahun ini. Polisi yang diwujudkan bagi membantu Bumiputera terutama orang Melayu sejak dilancarkan lima dekad lalu sentiasa menjadi topik perbahasan.
Kepada kerajaan ketika itu, matlamat utama ialah mengurangkan kemiskinan. Tetapi kepada pihak lain, DEB dilihat sebagai dasar berteraskan kaum dan berbentuk diskriminasi.
Perbincangan sama ada dasar itu berjaya atau tidak sentiasa hangat. Pada ulang tahun ke-50, DEB semakin banyak diperkatakan termasuk di kalangan orang Melayu sendiri. DEB secara asasnya lahir daripada pertumpahan darah tragedi 13 Mei 1969.
Dasar pecah dan perintah British menyebabkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Kemiskinan adalah masalah besar. Pada tahun 1970, hampir 50 peratus penduduk negara hidup di bawah paras kemiskinan. Sebahagian besar mereka ialah orang Melayu dan Bumiputera.
Tetapi adakah DEB benar-benar gagal? Rujukan utama kegagalan DEB ialah mencapai 30 peratus pegangan ekuiti oleh orang Melayu dan Bumiputera. Dianggarkan ekuiti dipegang orang bMelayu dan Bumiputera sekitar 24%. Satu lagi kegagalan sering dikaitkan bahawa dasar itu mengkayakan segelintir orang Melayu.
Ada mengatakan ia tongkat yang memalaskan orang Melayu. Jadi, dasar itu tidak diperlukan atau perlu dimansuhkan. Dasar boleh sempurna. Kecacatannya pada pelaksanaan.
Kita agak terkenal dengan kelemahan pelaksanaan atau pelaksana yang kurang cerdik atau korup. Tetapi mereka yang terus mengaitkan kegagalan DEB dan pegangan ekuiti 30 peratus mungkin perlu belajar menganalisis data.
Seperti pepatah Inggeris “Do not see the forest for the trees”. Ramai yang tidak nampak hutan kerana sibuk membelek pokok termasuk yang dikatakan cerdik pandai Melayu hasil DEB.
Jika dilihat secara keseluruhan, DEB mungkin telah menyelamatkan negara ini. Contohnya Permodalan Nasional Bhd. (PNB) pada akhir 2020 menpunyai aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai RM322.6 bilion. Pelabur utama PNB ialah Bumiputera dan orang Melayu.
Kemudian mari kita lihat simpanan orang Islam dalam Tabung Haji (TH). TH mempunyai aset bernilai RM85.92 bilion dan jumlah deposit RM81.14 bilion pada
akhir Jun lalu. Bukankah itu kekayaan 8.3 juta pendeposit orang Melayu. Orang miskin tidak mungkin dapat menyimpan.
Aset Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mencapai RM1 trilion. Bukankah sebahagian daripada RM1 trilion pelbagai kelas aset itu dimiliki orang Melayu selepas DEB.
Bagaimana pula sumbangan orang Melayu dan Bumi- putera dalam mengkayakan negara? Sehingga akhir Julai lalu, keseluruhan pinjaman diberikan sistem perbankan negara ialah RM1.86 trilion.
Rakyat Malaysia berhutang beli kereta secara sewa beli bernilai RM163 bilion. Hutang rumah lebih besar iaitu RM631 bilion. Walaupun tiada angka rasmi (pasti
ada disimpan dalam format Excel di bank pusat), bahagian orang Melayu dan Bumiputera menerusi pinjaman dan menggerakkan pelbagai sektor ekonomi seperti hartanah mungkin separuh daripada keseluruhan pinjaman RM1.8 trilion.
Dapatkan semua ini dicapai jika tiada DEB?
Peluang pendidikan, biasiswa, melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negeri, memiliki jawatan lebih baik dalam pelbagai bidang telah membantu mengkayakan Malaysia dan bukan hanya satu kaum.
Presiden China Deng Xiaoping berjaya mengeluarkan 850 juta penduduk China daripada kemiskinan. DEB telah memberi kesan sama dalam melandai
pandemik kemiskinan.
Mungkin apabila berada di atas pokok terlalu lama, kita lupa keadaan di tanah dan menghargai realiti sebenar DEB.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
DEB tidak gagal, belajar tengok data
DASAR Ekonomi Baru (DEB) sudah berusia 50 tahun, tahun ini. Polisi yang diwujudkan bagi membantu Bumiputera terutama orang Melayu sejak dilancarkan lima dekad lalu sentiasa menjadi topik perbahasan.
Kepada kerajaan ketika itu, matlamat utama ialah mengurangkan kemiskinan. Tetapi kepada pihak lain, DEB dilihat sebagai dasar berteraskan kaum dan berbentuk diskriminasi.
Perbincangan sama ada dasar itu berjaya atau tidak sentiasa hangat. Pada ulang tahun ke-50, DEB semakin banyak diperkatakan termasuk di kalangan orang Melayu sendiri. DEB secara asasnya lahir daripada pertumpahan darah tragedi 13 Mei 1969.
Dasar pecah dan perintah British menyebabkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Kemiskinan adalah masalah besar. Pada tahun 1970, hampir 50 peratus penduduk negara hidup di bawah paras kemiskinan. Sebahagian besar mereka ialah orang Melayu dan Bumiputera.
Tetapi adakah DEB benar-benar gagal? Rujukan utama kegagalan DEB ialah mencapai 30 peratus pegangan ekuiti oleh orang Melayu dan Bumiputera. Dianggarkan ekuiti dipegang orang bMelayu dan Bumiputera sekitar 24%. Satu lagi kegagalan sering dikaitkan bahawa dasar itu mengkayakan segelintir orang Melayu.
Ada mengatakan ia tongkat yang memalaskan orang Melayu. Jadi, dasar itu tidak diperlukan atau perlu dimansuhkan. Dasar boleh sempurna. Kecacatannya pada pelaksanaan.
Kita agak terkenal dengan kelemahan pelaksanaan atau pelaksana yang kurang cerdik atau korup. Tetapi mereka yang terus mengaitkan kegagalan DEB dan pegangan ekuiti 30 peratus mungkin perlu belajar menganalisis data.
Seperti pepatah Inggeris “Do not see the forest for the trees”. Ramai yang tidak nampak hutan kerana sibuk membelek pokok termasuk yang dikatakan cerdik pandai Melayu hasil DEB.
Jika dilihat secara keseluruhan, DEB mungkin telah menyelamatkan negara ini. Contohnya Permodalan Nasional Bhd. (PNB) pada akhir 2020 menpunyai aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai RM322.6 bilion. Pelabur utama PNB ialah Bumiputera dan orang Melayu.
Kemudian mari kita lihat simpanan orang Islam dalam Tabung Haji (TH). TH mempunyai aset bernilai RM85.92 bilion dan jumlah deposit RM81.14 bilion pada
akhir Jun lalu. Bukankah itu kekayaan 8.3 juta pendeposit orang Melayu. Orang miskin tidak mungkin dapat menyimpan.
Aset Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mencapai RM1 trilion. Bukankah sebahagian daripada RM1 trilion pelbagai kelas aset itu dimiliki orang Melayu selepas DEB.
Bagaimana pula sumbangan orang Melayu dan Bumi- putera dalam mengkayakan negara? Sehingga akhir Julai lalu, keseluruhan pinjaman diberikan sistem perbankan negara ialah RM1.86 trilion.
Rakyat Malaysia berhutang beli kereta secara sewa beli bernilai RM163 bilion. Hutang rumah lebih besar iaitu RM631 bilion. Walaupun tiada angka rasmi (pasti
ada disimpan dalam format Excel di bank pusat), bahagian orang Melayu dan Bumiputera menerusi pinjaman dan menggerakkan pelbagai sektor ekonomi seperti hartanah mungkin separuh daripada keseluruhan pinjaman RM1.8 trilion.
Dapatkan semua ini dicapai jika tiada DEB?
Peluang pendidikan, biasiswa, melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negeri, memiliki jawatan lebih baik dalam pelbagai bidang telah membantu mengkayakan Malaysia dan bukan hanya satu kaum.
Presiden China Deng Xiaoping berjaya mengeluarkan 850 juta penduduk China daripada kemiskinan. DEB telah memberi kesan sama dalam melandai
pandemik kemiskinan.
Mungkin apabila berada di atas pokok terlalu lama, kita lupa keadaan di tanah dan menghargai realiti sebenar DEB.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved