Kesesakan jalan di ibu negara dijangka berkurangan sehingga 20 peratus jika caj kesesakan diperkenalkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat minggu lalu.
Kata beliau, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sedang melihat mekanisme pelaksanaannya.
Pada waktu ini, Kuala Lumpur mencatatkan purata kenderaan keluar masuk 1.5 juta sehari dan dalam masa yang sama, jumlah pengguna pengangkutan awam hanyalah 25 peratus.
Namun, cadangan itu mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak dan agak mengejutkan apabila persatuan-persatuan pengguna juga turut membantah. Alasan mereka, sistem pengangkutan awam di ibu negara belum cukup efisien dan tidak menyeluruh.
Pelaksanaan caj kesesakan tanpa terlebih dahulu memperbaiki infrastruktur pengangkutan awam, laluan pejalan kaki, lorong basikal dan tiada insentif tertentu akan membebankan pengguna, kata mereka.
Walaupun sistem pengangkutan awam negara belum cukup efisien tetapi perlu juga diakui bahawa sistem itu khususnya di Lembah Klang semakin baik dan moden. Kita tidak boleh menunggu sehingga semuanya ‘sempurna’ dan setaraf bandar raya utama dunia, baru hendak menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam.
Usaha harus dimulakan sekarang supaya sistem pengangkutan awam negara menjadi matang menerusi maklum balas penumpang dan penambahbaikan yang berterusan. Jaringan liputannya juga boleh diperluas apabila permintaan meningkat.
Menurut data kerajaan, jumlah pengguna semua jenis pengangkutan awam di Lembah Klang dan tiga bandar lain meningkat setiap tahun.
Pada 2022, jumlah pengguna adalah 227.4 juta setahun, naik kepada 334.3 juta pada 2023 dan seterusnya 420.1 juta pada tahun lalu.
Angka itu menunjukkan semakin ramai yang sudah tidak sanggup ‘menghadap’ kesesakan setiap hari. Pengangkutan awam sebenarnya sangat menjimatkan. Dengan RM50 sebulan, anda boleh menaiki MRT, LRT dan BRT tanpa had selama 30 hari. Kos minyak kereta juga boleh dijimatkan.
Sekiranya nanti caj kesesakan tidak dilaksanakan atas apa juga sebab, usaha untuk menambah jumlah pengguna pengangkutan awam mesti berterusan. Paling penting, masalah yang timbul mesti diatasi segera. Antaranya ialah masalah parkir tidak cukup dan bas perantara yang tidak meluas.
Pengalaman saya sendiri berdepan masalah parkir mengakibatkan saya ‘tawar hati’ untuk menaiki MRT. Setiap hari selama lebih setahun, mencari tempat parkir di tiga stesen MRT – Kajang, Stadium Kajang dan Sungai Jernih merupakan satu perjuangan Akhirnya saya kembali memandu ke tempat kerja. Bas perantara pula tidak sampai di kawasan rumah saya.
Perkenalkan juga bas perantara bersaiz kecil agar dapat diluaskan khidmatnya di kawasan perumahan yang jalannya sempit. Selain itu, selaraskan khidmat bas perantara dengan bas percuma yang disediakan pihak berkuasa tempatan supaya tidak berlaku pertindihan laluan.
Paling utama, gaya hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama iaitu selesa berkereta ke sana sini mesti dihapuskan. Walaupun ada kajian menunjukkan warga kota menghabiskan 500 jam setahun di dalam kereta tetapi masih ramai anggap sesak sebagai perkara biasa.
Mampukah caj kesesakan ubah mentaliti ini? Cuba dulu. – UTUSAN
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Caj kesesakan: Usah terus tolak
Kesesakan jalan di ibu negara dijangka berkurangan sehingga 20 peratus jika caj kesesakan diperkenalkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat minggu lalu.
Kata beliau, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sedang melihat mekanisme pelaksanaannya.
Pada waktu ini, Kuala Lumpur mencatatkan purata kenderaan keluar masuk 1.5 juta sehari dan dalam masa yang sama, jumlah pengguna pengangkutan awam hanyalah 25 peratus.
Namun, cadangan itu mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak dan agak mengejutkan apabila persatuan-persatuan pengguna juga turut membantah. Alasan mereka, sistem pengangkutan awam di ibu negara belum cukup efisien dan tidak menyeluruh.
Pelaksanaan caj kesesakan tanpa terlebih dahulu memperbaiki infrastruktur pengangkutan awam, laluan pejalan kaki, lorong basikal dan tiada insentif tertentu akan membebankan pengguna, kata mereka.
Walaupun sistem pengangkutan awam negara belum cukup efisien tetapi perlu juga diakui bahawa sistem itu khususnya di Lembah Klang semakin baik dan moden. Kita tidak boleh menunggu sehingga semuanya ‘sempurna’ dan setaraf bandar raya utama dunia, baru hendak menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam.
Usaha harus dimulakan sekarang supaya sistem pengangkutan awam negara menjadi matang menerusi maklum balas penumpang dan penambahbaikan yang berterusan. Jaringan liputannya juga boleh diperluas apabila permintaan meningkat.
Menurut data kerajaan, jumlah pengguna semua jenis pengangkutan awam di Lembah Klang dan tiga bandar lain meningkat setiap tahun.
Pada 2022, jumlah pengguna adalah 227.4 juta setahun, naik kepada 334.3 juta pada 2023 dan seterusnya 420.1 juta pada tahun lalu.
Angka itu menunjukkan semakin ramai yang sudah tidak sanggup ‘menghadap’ kesesakan setiap hari. Pengangkutan awam sebenarnya sangat menjimatkan. Dengan RM50 sebulan, anda boleh menaiki MRT, LRT dan BRT tanpa had selama 30 hari. Kos minyak kereta juga boleh dijimatkan.
Sekiranya nanti caj kesesakan tidak dilaksanakan atas apa juga sebab, usaha untuk menambah jumlah pengguna pengangkutan awam mesti berterusan. Paling penting, masalah yang timbul mesti diatasi segera. Antaranya ialah masalah parkir tidak cukup dan bas perantara yang tidak meluas.
Pengalaman saya sendiri berdepan masalah parkir mengakibatkan saya ‘tawar hati’ untuk menaiki MRT. Setiap hari selama lebih setahun, mencari tempat parkir di tiga stesen MRT – Kajang, Stadium Kajang dan Sungai Jernih merupakan satu perjuangan Akhirnya saya kembali memandu ke tempat kerja. Bas perantara pula tidak sampai di kawasan rumah saya.
Perkenalkan juga bas perantara bersaiz kecil agar dapat diluaskan khidmatnya di kawasan perumahan yang jalannya sempit. Selain itu, selaraskan khidmat bas perantara dengan bas percuma yang disediakan pihak berkuasa tempatan supaya tidak berlaku pertindihan laluan.
Paling utama, gaya hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama iaitu selesa berkereta ke sana sini mesti dihapuskan. Walaupun ada kajian menunjukkan warga kota menghabiskan 500 jam setahun di dalam kereta tetapi masih ramai anggap sesak sebagai perkara biasa.
Mampukah caj kesesakan ubah mentaliti ini? Cuba dulu. – UTUSAN
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved