Minggu ini kira-kira 70,000 mangsa banjir di Kelantan boleh menarik nafas lega seketika kerana bencana alam itu mulai berkurangan.
Sama di Kelantan, mangsa banjir di negeri lain juga sudah mula beransur pulang ke rumah selepas beberapa hari terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara (PPS).
Ketika kemuncak banjir minggu lalu, kira-kira 150,000 orang di sembilan buah negeri terpaksa berpindah ke PPS apabila air naik tinggi di penempatan mereka.
Namun keadaan cuaca belum stabil ketika ini dengan hujan lebat dijangka berterusan dan gelombang kedua banjir dijangka berlaku minggu depan.
Gelombang kedua, ketiga atau ke berapa pun di Pantai Timur, banjir bukan suatu yang luar biasa. Penduduk di negeri terlibat sudah biasa dengan banjir yang akan berlaku setiap kali datangnya Monsun Timur Laut.
Cuma tahapnya sahaja yang berbeza. Misalnya banjir kali ini dikatakan yang terburuk dalam sejarah 40 tahun. Maknanya, banjir besar di negeri terlibat sudah berlaku lebih empat dekad lalu.
Tiada yang pelik lagi banjir di Kelantan atau Terengganu, yang anehnya adalah bencana alam itu sehingga hari ini masih gagal diurus dengan baik.
Banjir semakin buruk apabila lebih ramai mangsa dipindahkan, lebih besar jumlah kerugian dilaporkan dan lebih banyak kemusnahan harta benda berlaku.
Kerajaan negeri terlibat sebenarnya perlu ada iltizam tinggi untuk menyelesaikan bencana itu.
Memang masalah kewangan menjadi halangan kerana penyelesaiannya melibatkan kos berbilion ringgit. Komitmen kerajaan Pusat amat ditagihkan dalam hal itu namun perbezaan politik dikatakan menjadi halangan.
Ada baiknya lebih banyak perbincangan diadakan antara pemimpin negeri dan Pusat tentang penyelesaian masalah banjir daripada mereka bertelagah kerana agenda politik. Kerana kesannya banyak projek yang dirancang bagi mengatasi banjir belum dapat dilaksanakan.
Kelantan misalnya memerlukan penyelesaian banjir secara bersepadu. Air bukan sahaja datang dari Sungai Golok yang melimpah tetapi juga dari kawasan hutan yang digondolkan selain masalah dalam penyelenggaraan perparitan dan penjagaan sungai.
Banyak faktor perlu difikirkan selain Monsun Timur Laut yang membawa hujan luar biasa, ditambah lagi dengan air dari daratan yang terperangkap kesan paras air Laut China Selatan yang tinggi.
Betul, kerajaan negeri perlukan sumber daripada pembalakan, perlombongan emas dan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE), pembukaan ladang serta pengorekan pasir sungai tetapi ia perlu diurus dengan sistematik dan tidak menjadi punca bencana.
Kerajaan negeri juga perlu mendengar pandangan penduduk tempatan dan juga pakar-pakar anak negeri yang bertugas di negeri lain tentang masalah banjir dan penyelesaiannya.
Jika pemimpin negeri merasakan sudah tidak ada cara lagi untuk menyelesaikan masalah banjir, berdamai sahajalah dengan alam jika itu yang terbaik untuk mereka.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Berdamai sahaja dengan alam jika itu yang terbaik
Minggu ini kira-kira 70,000 mangsa banjir di Kelantan boleh menarik nafas lega seketika kerana bencana alam itu mulai berkurangan.
Sama di Kelantan, mangsa banjir di negeri lain juga sudah mula beransur pulang ke rumah selepas beberapa hari terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara (PPS).
Ketika kemuncak banjir minggu lalu, kira-kira 150,000 orang di sembilan buah negeri terpaksa berpindah ke PPS apabila air naik tinggi di penempatan mereka.
Namun keadaan cuaca belum stabil ketika ini dengan hujan lebat dijangka berterusan dan gelombang kedua banjir dijangka berlaku minggu depan.
Gelombang kedua, ketiga atau ke berapa pun di Pantai Timur, banjir bukan suatu yang luar biasa. Penduduk di negeri terlibat sudah biasa dengan banjir yang akan berlaku setiap kali datangnya Monsun Timur Laut.
Cuma tahapnya sahaja yang berbeza. Misalnya banjir kali ini dikatakan yang terburuk dalam sejarah 40 tahun. Maknanya, banjir besar di negeri terlibat sudah berlaku lebih empat dekad lalu.
Tiada yang pelik lagi banjir di Kelantan atau Terengganu, yang anehnya adalah bencana alam itu sehingga hari ini masih gagal diurus dengan baik.
Banjir semakin buruk apabila lebih ramai mangsa dipindahkan, lebih besar jumlah kerugian dilaporkan dan lebih banyak kemusnahan harta benda berlaku.
Kerajaan negeri terlibat sebenarnya perlu ada iltizam tinggi untuk menyelesaikan bencana itu.
Memang masalah kewangan menjadi halangan kerana penyelesaiannya melibatkan kos berbilion ringgit. Komitmen kerajaan Pusat amat ditagihkan dalam hal itu namun perbezaan politik dikatakan menjadi halangan.
Ada baiknya lebih banyak perbincangan diadakan antara pemimpin negeri dan Pusat tentang penyelesaian masalah banjir daripada mereka bertelagah kerana agenda politik. Kerana kesannya banyak projek yang dirancang bagi mengatasi banjir belum dapat dilaksanakan.
Kelantan misalnya memerlukan penyelesaian banjir secara bersepadu. Air bukan sahaja datang dari Sungai Golok yang melimpah tetapi juga dari kawasan hutan yang digondolkan selain masalah dalam penyelenggaraan perparitan dan penjagaan sungai.
Banyak faktor perlu difikirkan selain Monsun Timur Laut yang membawa hujan luar biasa, ditambah lagi dengan air dari daratan yang terperangkap kesan paras air Laut China Selatan yang tinggi.
Betul, kerajaan negeri perlukan sumber daripada pembalakan, perlombongan emas dan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE), pembukaan ladang serta pengorekan pasir sungai tetapi ia perlu diurus dengan sistematik dan tidak menjadi punca bencana.
Kerajaan negeri juga perlu mendengar pandangan penduduk tempatan dan juga pakar-pakar anak negeri yang bertugas di negeri lain tentang masalah banjir dan penyelesaiannya.
Jika pemimpin negeri merasakan sudah tidak ada cara lagi untuk menyelesaikan masalah banjir, berdamai sahajalah dengan alam jika itu yang terbaik untuk mereka.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved