Seperti tahun-tahun sebelum ini, pembentangan belajawan oleh mana-mana kerajaan mencetuskan perasaan bercampur baur – ada yang gembira dan ada yang kecewa.
Secara keseluruhan strategi perbelanjaan kerajaan tahun depan dilihat sangat berhati-hati selain sedaya upaya merancang untuk meningkatkan hasil negara.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024 lebih dua jam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang menjadi tumpuan sudah tentu membabitkan meningkatkan cukai perkhidmatan dan barang dari enam kepada lapan peratus, pengurangan subsidi elektrik dan mengapungkan harga ayam dan telur.
Peningkatan cukai perkhidmatan dan barang dua peratus tidak membabitkan makanan dan perkhidmatan dan telekomunikasi. Namun kerajaan berhasrat meluaskan skop perkhidmatan bercukai tersebut meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan aktiviti berkaraoke.
Jika skop tersebut diperluaskan sudah tentu selepas ini rakyat akan terdedah kepada lebih banyak cukai perkhidmatan dan barang. Tindakan ini membimbangkan kerana cukai adalah kos yang perlu dibayar.
Lebih membimbangkan mengenai cadangan mengapung harga ayam dan telur. Meninjau ruangan komen media sosial, ramai yang bimbang dengan pengapungan tersebut.
Ketika ini, kerajaan menetapkan harga siling ayam RM9.40 sekilogram manakala harga telur 45 sen bagi gred A, 43 sen bagi gred B dan 41 sen bagi gred C.
Kenaikan itu dijangka menjadi kenyataan kerana selama ini pihak industri menuntut harga ayam dan telur dinaikkan susulan mereka mendakwa terbeban dengan kos makanan, ubat dan vitamin untuk ternakan.
Pengumuman kerajaan mahu melaksanakan subsidi bersasar dengan menghapuskan sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi tetapi memberi jaminan mengekalkan subsidi bagi 90 peratus pengguna turut mengundang kekhuatiran akan kenaikan kos elektrik untuk isi rumah.
Ada yang mendakwa pengumuman untuk menambah harga lantai padi kepada RM1,300 satu tan, meningkatkan Batuan Tunai Rahmah, memberi kelonggaran kepada pelajar membayar yuran pengajian, bantuan kepada nelayan dan lain-lain berita gembira diunjur tidak setara dengan ramalan kos sara hidup rakyat akan terus melonjak akibat rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan.
Ini kerana ketika Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion tanpa mengusik soal subsidi manakala harga ayam dan telur dikawal, kehidupan harian rakyat masih sengsara kerana mereka mengharungi kos sara hidup yang mahal.
Oleh itu, menerusi Belanjawan 2024 ketika hutang negara sudah mencecah RM1.5 trilion manakala nilai ringgit menyusut RM4.73 berbanding dolar ramai meramalkan kehidupan tahun hadapan lebih mencabar.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Belanjawan 2024: Kecewa vs gembira
Seperti tahun-tahun sebelum ini, pembentangan belajawan oleh mana-mana kerajaan mencetuskan perasaan bercampur baur – ada yang gembira dan ada yang kecewa.
Secara keseluruhan strategi perbelanjaan kerajaan tahun depan dilihat sangat berhati-hati selain sedaya upaya merancang untuk meningkatkan hasil negara.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024 lebih dua jam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang menjadi tumpuan sudah tentu membabitkan meningkatkan cukai perkhidmatan dan barang dari enam kepada lapan peratus, pengurangan subsidi elektrik dan mengapungkan harga ayam dan telur.
Peningkatan cukai perkhidmatan dan barang dua peratus tidak membabitkan makanan dan perkhidmatan dan telekomunikasi. Namun kerajaan berhasrat meluaskan skop perkhidmatan bercukai tersebut meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan aktiviti berkaraoke.
Jika skop tersebut diperluaskan sudah tentu selepas ini rakyat akan terdedah kepada lebih banyak cukai perkhidmatan dan barang. Tindakan ini membimbangkan kerana cukai adalah kos yang perlu dibayar.
Lebih membimbangkan mengenai cadangan mengapung harga ayam dan telur. Meninjau ruangan komen media sosial, ramai yang bimbang dengan pengapungan tersebut.
Ketika ini, kerajaan menetapkan harga siling ayam RM9.40 sekilogram manakala harga telur 45 sen bagi gred A, 43 sen bagi gred B dan 41 sen bagi gred C.
Kenaikan itu dijangka menjadi kenyataan kerana selama ini pihak industri menuntut harga ayam dan telur dinaikkan susulan mereka mendakwa terbeban dengan kos makanan, ubat dan vitamin untuk ternakan.
Pengumuman kerajaan mahu melaksanakan subsidi bersasar dengan menghapuskan sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi tetapi memberi jaminan mengekalkan subsidi bagi 90 peratus pengguna turut mengundang kekhuatiran akan kenaikan kos elektrik untuk isi rumah.
Ada yang mendakwa pengumuman untuk menambah harga lantai padi kepada RM1,300 satu tan, meningkatkan Batuan Tunai Rahmah, memberi kelonggaran kepada pelajar membayar yuran pengajian, bantuan kepada nelayan dan lain-lain berita gembira diunjur tidak setara dengan ramalan kos sara hidup rakyat akan terus melonjak akibat rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan.
Ini kerana ketika Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion tanpa mengusik soal subsidi manakala harga ayam dan telur dikawal, kehidupan harian rakyat masih sengsara kerana mereka mengharungi kos sara hidup yang mahal.
Oleh itu, menerusi Belanjawan 2024 ketika hutang negara sudah mencecah RM1.5 trilion manakala nilai ringgit menyusut RM4.73 berbanding dolar ramai meramalkan kehidupan tahun hadapan lebih mencabar.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved