SAYA wajar ucapkan terima kasih kepada orang lama seperti Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang terus mempertahan dan memperjuangkan bahasa Melayu.
Kalaulah masih ada lagi mendiang Prof. Emeritius Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, saya pasti akan `dibalunnya’ pihak yang acap menggunakan bahasa rojak – hingga bahasa Melayu itu mulai jadi ‘pasak longgar’ sahaja.
Jenamaan bahasa rojak hanya sekelumit daripada keracunan yang dideritai bahasa Melayu cetusan Melayu sendiri. Anak-anak bangsa sudah lihat tarikan dan glamor bahasa Inggeris dalam alam komunikasinya. Anggap bila bercakap bahasa Melayu betul, konon markah hidup turun.
Gelagat begini harus diperbetulkan melalui pendidikan dan perjuangan sosio-politik. Cacing sudah naik ke mata.
Seingat saya, dalam satu kajian rambang yang dibuat 2017, terdapat 152 perkataan Inggeris yang diselitkan di dalam pelbagai suku ayat dan ungkapan harian bahasa Melayu. Insiden ini yang juga menjangkit di Indonesia, terus mendedahkan kelemahan yang layak ditertawakan oleh bangsa asing.
Unsur-unsur penceroboh bahasa sangat dirasai akhir-akhir ini. Dimulai dengan para pemimpin dan pegawai tinggi, bahasa Melayu tidak dituturkan ikut acuan lazim. Guru bahasa pula tidak muncul dengan pedagogi bahasa yang mantap. Penuturan bahasa Melayu berada di tahap rendah dan terus menurun. Mungkin kerana kekurangan latihan bahasa lisan, ia amat mudah diselangi oleh perkataan, suku kata serta suku ayat Inggeris.
Sementara nama-nama taman perumahan terus rancak memaparkan jenama Inggeris. Ainsdale Garden, UK Terrace, Riverside Condo, Eco-Living, Livewell Home, Boulevard One – dan ratusan lain. Pusat pentadbiran persekutuan kita, Putrajaya pun ada presint dan boulevardnya, sementelah keputusan kerajaan Selangor mewajibkan hanya Bahasa Melayu pada nama-nama jalan di negeri itu amat dialu-alukan.
Kita patut bangga kerana di Thailand sahaja tidak kurang dari lapan universiti menawarkan pengajian bahasa Melayu. Di China selain Beijing Foreign Studies University, ada lima universiti China lain menawarkan pengajian bahasa Melayu. Hakikatnya, bahasa Melayu dituturkan oleh lebih 300 juta manusia di wilayah dunia Melayu Indonesia-Malaysia-Brunei-Singapura dan Thailand selatan.
Mencampur adukkan perkataan Inggeris dalam ayat-ayat lisan Melayu sudah lama berlaku sehingga panggilan “bahasa rojak” terpakai baginya. Pemegang kuasa politik Melayu pula kelihatan tidak meminati hal-ehwal warisan mereka.
Lama-kelamaan bahasa lisan Melayu akan diganti oleh bahasa Inggeris hingga sampai ke tahap ‘tak mampu undur lagi’. Perubahan identiti negara bangsa sedang menular. Melayu tak pandai berbahasa Melayu lagi.
Dan layak nanti bahasanya dipanggil sekerat ular, sekerat belut. Pada tahap itu, tuntutan siapa Melayu di bawah Per. 160 Perlembagaan Persekutuan sudah boleh dipersoalkan. Bahasa apa yang dituturkan? Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris-Melayu?
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Bahasa apa ‘sekerat ular, sekerat belut’?
SAYA wajar ucapkan terima kasih kepada orang lama seperti Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang terus mempertahan dan memperjuangkan bahasa Melayu.
Kalaulah masih ada lagi mendiang Prof. Emeritius Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, saya pasti akan `dibalunnya’ pihak yang acap menggunakan bahasa rojak – hingga bahasa Melayu itu mulai jadi ‘pasak longgar’ sahaja.
Jenamaan bahasa rojak hanya sekelumit daripada keracunan yang dideritai bahasa Melayu cetusan Melayu sendiri. Anak-anak bangsa sudah lihat tarikan dan glamor bahasa Inggeris dalam alam komunikasinya. Anggap bila bercakap bahasa Melayu betul, konon markah hidup turun.
Gelagat begini harus diperbetulkan melalui pendidikan dan perjuangan sosio-politik. Cacing sudah naik ke mata.
Seingat saya, dalam satu kajian rambang yang dibuat 2017, terdapat 152 perkataan Inggeris yang diselitkan di dalam pelbagai suku ayat dan ungkapan harian bahasa Melayu. Insiden ini yang juga menjangkit di Indonesia, terus mendedahkan kelemahan yang layak ditertawakan oleh bangsa asing.
Unsur-unsur penceroboh bahasa sangat dirasai akhir-akhir ini. Dimulai dengan para pemimpin dan pegawai tinggi, bahasa Melayu tidak dituturkan ikut acuan lazim. Guru bahasa pula tidak muncul dengan pedagogi bahasa yang mantap. Penuturan bahasa Melayu berada di tahap rendah dan terus menurun. Mungkin kerana kekurangan latihan bahasa lisan, ia amat mudah diselangi oleh perkataan, suku kata serta suku ayat Inggeris.
Sementara nama-nama taman perumahan terus rancak memaparkan jenama Inggeris. Ainsdale Garden, UK Terrace, Riverside Condo, Eco-Living, Livewell Home, Boulevard One – dan ratusan lain. Pusat pentadbiran persekutuan kita, Putrajaya pun ada presint dan boulevardnya, sementelah keputusan kerajaan Selangor mewajibkan hanya Bahasa Melayu pada nama-nama jalan di negeri itu amat dialu-alukan.
Kita patut bangga kerana di Thailand sahaja tidak kurang dari lapan universiti menawarkan pengajian bahasa Melayu. Di China selain Beijing Foreign Studies University, ada lima universiti China lain menawarkan pengajian bahasa Melayu. Hakikatnya, bahasa Melayu dituturkan oleh lebih 300 juta manusia di wilayah dunia Melayu Indonesia-Malaysia-Brunei-Singapura dan Thailand selatan.
Mencampur adukkan perkataan Inggeris dalam ayat-ayat lisan Melayu sudah lama berlaku sehingga panggilan “bahasa rojak” terpakai baginya. Pemegang kuasa politik Melayu pula kelihatan tidak meminati hal-ehwal warisan mereka.
Lama-kelamaan bahasa lisan Melayu akan diganti oleh bahasa Inggeris hingga sampai ke tahap ‘tak mampu undur lagi’. Perubahan identiti negara bangsa sedang menular. Melayu tak pandai berbahasa Melayu lagi.
Dan layak nanti bahasanya dipanggil sekerat ular, sekerat belut. Pada tahap itu, tuntutan siapa Melayu di bawah Per. 160 Perlembagaan Persekutuan sudah boleh dipersoalkan. Bahasa apa yang dituturkan? Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris-Melayu?
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved