ADA pihak yang menyuarakan pandangan tidak wajar untuk pesawah menuntut harga lantai padi sehingga RM1,800. Kata mereka, golongan itu tidak ada hak untuk berbuat demikian kerana ia akan menyusahkan majoriti rakyat lain.
Alasan mereka ini pasti akan menyebabkan peningkatan harga beras dan makanan terutama yang dijual di restoran dan produk-produk lain.
Berdasarkan kepada analogi pihak yang menentang kenaikan harga beras ini, biar petani dan pesawah hidup dalam kemiskinan asalkan orang lain terutama yang duduk di bandar, yang setiap kali musim cuti berduyun-duyun melancong ke Thailand dan negara lain kekal menikmati beras murah.
Lagi pun petani tidak ada hak untuk menuntut harga sedemikian kerana ia hanya boleh ditentukan oleh kerajaan dan agensi-agensinya yang mungkin turut menjadi kuda tunggangan kartel.
Kalau dilihat kepada realiti pun, golongan pesawah ini memang tidak mempunyai apa-apa hak. Hak mereka mungkin hanya atas petak-petak bendang itu sahaja. Yang lain, semua ditentukan oleh oleh pihak lain.
Bermula dari membajak, upah ditentukan oleh pihak yang membekalkan jentera dan broker. Selepas bajak mahu tabur benih, pesawah tidak ada benih mereka sendiri sebab menghasilkan benih padi juga perlu ada lesen. Hanya pihak-pihak tertentu boleh membekalkan benih pada harga mereka tentukan tanpa jaminan kualiti.
Selepas benih padi ditabur dan tumbuh, ia perlu dibaja. Alhamdulillah ada baja yang dibekalkan oleh kerajaan, itu pun satu ketika pesawah kena scam. Baja yang dibekalkan tidak mempunyai nutrisi yang cukup untuk tumbesaran padi. Memaksa mereka membeli baja tambahan.
Begitu juga dengan racun. Dalam Tempoh 10 tahun lalu, harga racun sudah naik hampir 100 peratus.
Selepas padi hidup subur elok (itu pun jika tidak kena bah atau serangan penyakit) tiba masa untuk menuai. Maka pesawah perlu mencari jentera menuai yang selalu datang lengkap dengan lori untuk angkut padi. Dengan pelarasan harga diesel tahun lalu, pemilik jentuai padi kata mereka kena naikkan kos upah. Begitu juga kos lori untuk angkut padi ke kilang. Pemandu lori kata, harga musim lalu sudah tidak boleh pakai, musim ini harga baharu sebab diesel naik.
Apabila padi sudah penuh lori, pesawah ini tidak ada hak pun untuk menentukan di kilang mana hasil tuaian mereka itu harus dijual.
Pemandu lori atau tauke lori yang tentukan padi itu akan dibawa ke kilang mana. Mereka hanya akan hantar ke kilang yang banyak beri komisen kepada pemandu atau pemilik lori. Akhirnya pesawah hanya menunggu nasib mereka dicaturkan oleh pihak lain.
Sebab itu, ketika pesawah mengadakan demonstrasi, tidak ada ahli politik yang turun sokong mereka. Berbeza dengan demonstrasi bebaskan Najib Razak, ramai mahu tunjuk muka.
Hak yang mereka ada kini adalah menunggu. Menunggu sama ada keputusan kerajaan akan memihak kepada mereka. Para pembuat dasar pula tahu, kalau harga padi tidak naik pun, esok para pesawah ini tetap akan turun ke bendang seperti biasa kerana itu adalah kehidupan mereka. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Apa hak pesawah tuntut harga padi RM1,800?
ADA pihak yang menyuarakan pandangan tidak wajar untuk pesawah menuntut harga lantai padi sehingga RM1,800. Kata mereka, golongan itu tidak ada hak untuk berbuat demikian kerana ia akan menyusahkan majoriti rakyat lain.
Alasan mereka ini pasti akan menyebabkan peningkatan harga beras dan makanan terutama yang dijual di restoran dan produk-produk lain.
Berdasarkan kepada analogi pihak yang menentang kenaikan harga beras ini, biar petani dan pesawah hidup dalam kemiskinan asalkan orang lain terutama yang duduk di bandar, yang setiap kali musim cuti berduyun-duyun melancong ke Thailand dan negara lain kekal menikmati beras murah.
Lagi pun petani tidak ada hak untuk menuntut harga sedemikian kerana ia hanya boleh ditentukan oleh kerajaan dan agensi-agensinya yang mungkin turut menjadi kuda tunggangan kartel.
Kalau dilihat kepada realiti pun, golongan pesawah ini memang tidak mempunyai apa-apa hak. Hak mereka mungkin hanya atas petak-petak bendang itu sahaja. Yang lain, semua ditentukan oleh oleh pihak lain.
Bermula dari membajak, upah ditentukan oleh pihak yang membekalkan jentera dan broker. Selepas bajak mahu tabur benih, pesawah tidak ada benih mereka sendiri sebab menghasilkan benih padi juga perlu ada lesen. Hanya pihak-pihak tertentu boleh membekalkan benih pada harga mereka tentukan tanpa jaminan kualiti.
Selepas benih padi ditabur dan tumbuh, ia perlu dibaja. Alhamdulillah ada baja yang dibekalkan oleh kerajaan, itu pun satu ketika pesawah kena scam. Baja yang dibekalkan tidak mempunyai nutrisi yang cukup untuk tumbesaran padi. Memaksa mereka membeli baja tambahan.
Begitu juga dengan racun. Dalam Tempoh 10 tahun lalu, harga racun sudah naik hampir 100 peratus.
Selepas padi hidup subur elok (itu pun jika tidak kena bah atau serangan penyakit) tiba masa untuk menuai. Maka pesawah perlu mencari jentera menuai yang selalu datang lengkap dengan lori untuk angkut padi. Dengan pelarasan harga diesel tahun lalu, pemilik jentuai padi kata mereka kena naikkan kos upah. Begitu juga kos lori untuk angkut padi ke kilang. Pemandu lori kata, harga musim lalu sudah tidak boleh pakai, musim ini harga baharu sebab diesel naik.
Apabila padi sudah penuh lori, pesawah ini tidak ada hak pun untuk menentukan di kilang mana hasil tuaian mereka itu harus dijual.
Pemandu lori atau tauke lori yang tentukan padi itu akan dibawa ke kilang mana. Mereka hanya akan hantar ke kilang yang banyak beri komisen kepada pemandu atau pemilik lori. Akhirnya pesawah hanya menunggu nasib mereka dicaturkan oleh pihak lain.
Sebab itu, ketika pesawah mengadakan demonstrasi, tidak ada ahli politik yang turun sokong mereka. Berbeza dengan demonstrasi bebaskan Najib Razak, ramai mahu tunjuk muka.
Hak yang mereka ada kini adalah menunggu. Menunggu sama ada keputusan kerajaan akan memihak kepada mereka. Para pembuat dasar pula tahu, kalau harga padi tidak naik pun, esok para pesawah ini tetap akan turun ke bendang seperti biasa kerana itu adalah kehidupan mereka. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved