Kampung Rumbia, Jumaat – 4 Pagi Langit seperti buntut kuali, hitam dan pekat. Kelam. Tiada cahaya bulan pun menyelinap dari celah awan yang gempal dan tumpah ke lantai alam. Hanya celoteh cengkerik yang hingar namun dibisukan telinga orang kampung yang sudah lali dengan pekikan serangga itu. Jarum jam mematahkan lehernya dan lentuk di angka empat. Tok Mat selesai memberi salam di atas sejadah bercorak ukiran bangunan di tanah arab sambil…










