ZAKI merenung arus deras. Suara air yang bergemuruh menuruni batu-batu yang kukuh itu seolah-olah sedang menggambarkan tentang hatinya yang sedang kalut bergelut sesama sendiri. Sehelai surat kumal dari pejabat terlepas daripada genggamannya. Surat yang kelesuan itu berputar-putar seketika di permukaan jeram sebelum hilang diheret jauh oleh arus deras. Sudah hampir seminggu dia duduk tercatuk di tepi jeram merenung kehidupan yang semakin lelah. Saban waktu, dia dihimpit dengan pelbagai persoalan mengenai kehidupan anak-anak dan isterinya. Adakah dirinya seperti surat kumal itu yang hanyut entah ke mana? Apakah dirinya seperti sungai itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya