Seperti biasa pada setiap Rabu akan diadakan Persidangan Kasim-kasim. Semua Kasim di kampung tersebut berkumpul bagi membincangkan tentang hal ehwal penduduk kampung. Kasim-kasim yang hadir merupakan lantikan pilihan hati warga kampung. Mereka menjadi wakil kepada penduduk Kampung Anta Berantah. Kampung Anta Berantah suram dan kelam sahaja jika dilihat di bentangan peta dunia. Sempadan geografinya kelihatan sipi-sipi sahaja. Lokasinya yang sebenar seakan-akan misteri. Pengerusi Persidangan Kasim-kasim duduk bersandar di kerusi yang empuk. Profesor Kasim Takiman berwajah tenang. Beliaulah pengerusi paling bijaksana dalam kebanyakan penggal persidangan. Sentiasa bertawaduk dan tidak mudah melatah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya