SEPERTI biasa sebaik loceng ditekan dan berdering bas akan mula bergerak perlahan. Pemandu memberi lampu isyarat sebelah kiri bagi memberitahu kenderaan yang mengekori atau berada di belakang. Di kala begitulah Aman terasa hatinya melonjak girang. Tidak sabar dia hendak turun. “Nanti dulu, Tunggu bas berhenti,” tegah mak sambil memegang erat tangannya. Dia sudah pun berdiri dari tempat duduk. Bukan apa, mak khuatir dia terjatuh ketika pemandu membrek. Pergerakan bas kian perlahan. Laluannya kian ke tepi di bahu jalan. Bas Lian Hoe berbelang kuning pinang masak dan hitam itu akhirnya berhenti.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya