Kau baru sahaja hendak melelapkan mata sewaktu liang pendengaran kau menangkap bunyi dengungan seekor nyamuk yang halus dan tajam. Namun demikian, bunyi dengungan itu lenyap begitu sahaja sewaktu serangga itu mendarat di leher kau. Kau cepat-cepat menamparnya tatkala terasa ada tusukan tajam mulai menembusi pangkal leher kau. “Mampus kau!” Kau menyeranah dengan suara kuat sambil melihat bangkai serangga itu hancur di tapak tangan kau. Namun lontaran suara kau itu tidak mampu mengejutkan isteri kau yang sedang berdengkur. Barangkali dia sedang enak dibuai mimpi. Kau mengiringkan tubuh ke kanan. Pandangan mata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya