MELAKA: Usaha melindungi dan memelihara sejarah Kesultanan Melayu Melaka perlu diteruskan untuk disanjung dan dihayati masyarakat terutama generasi akan datang. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pementasan Teater Hikayat Hang Tuah ‘Ampun Tuanku Titah Dijunjung’ yang berlangsung di Panggung Bangsawan di sini selama tiga hari berakhir malam tadi, merupakan antara usaha mendedahkan rakyat kepada sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Menurutnya, generasi akan datang perlu berusaha melindungi dan memelihara warisan sejarah yang terdapat di negeri ini bagi memastikannya terus bertahan. “Slogan kerajaan negeri, ‘Bijak Laksana Tuah Berani Laksana Jebat’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya