Aura 'Mat Kilau' Beto Kusyairy - Utusan Malaysia

Aura ‘Mat Kilau’ Beto Kusyairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Beto Kusyairy sekali lagi ‘menggegarkan’ media sosial apabila muncul dengan iklan pendek jenama Bulan Bintang yang disifatkan setaraf sebuah filem.

Beto yang mendukung watak seperti Mat Kilau itu mendapat pujian ramai terutama gaya persilatannya serta sinematografi iklan tersebut yang didakwa lebih baik daripada filem fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

“Saya tak tahu kenapa, tetapi iklan ini lebih baik daripada filem sebenar,”ulas seorang pengguna Twitter.

“Kenapa sinematografi (camera works) lebih baik daripada filem sebenar?”ciap seorang lagi pengguna Twitter.

Terdahulu, aksi bersilat pelakon Istanbul Aku Datang itu ketika menjayakan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky tular di media sosial.

Dalam pada itu, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, tawaran jenama terbabit pernah ditolak oleh Beto kerana kekangan bajet empat tahun lalu.

“Sekarang impian kami untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan.

“Iklan itu dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan Beto sebagai duta,” katanya.

Setakat ini, video tersebut mendapat lebih 500,000 capaian serta lebih 435,000 tontonan.

Mereka juga menganjurkan konsert Malam Bulan Bintang yang menampilkan ramai nama besar dalam dan luar negara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya