Status UNESCO Kampung Mah Meri akan diteliti - Utusan Malaysia

Status UNESCO Kampung Mah Meri akan diteliti

RAIS Yatim memerhatikan salah satu arca ukiran kayu di Perkampungan Orang Asli Suku Mah Meri di Pulau Carey, Selangor hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Status pengiktirafan yang diberikan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kepada Perkampungan Budaya Mah Meri akan dibawa ke perhatian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Pemberian status berkenaan berikutan pengiktirafan terhadap seni ukir daripada masyarakat Orang Asli Suku Mah Meri menjadi identiti komuniti pribumi itu.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, perbincangan dengan bahagian pelancongan dan kebudayaan adalah perlu bagi memastikan suku Mah Meri di sini masih lagi meneruskan amalan pembuatan seni ukiran kayu seperti sebelum ini. 

“Pemberian pengiktirafan daripada badan antarabangsa itu penting, justeru saya akan segera berjumpa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri bagi membincangkan isu ini.

“Amat sayang kerana kita sudah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO dalam seni ukiran kayu, ketika saya menjadi Menteri Penerangan Komunikasi dan Budaya tetapi kebudayaan masyarakat Mah Meri tidak terpelihara,” katanya selepas melawat Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey, di sini, hari ini. 

Beliau menambah, ketika baru mendapat pengiktirafan daripada badan tersebut, masyarakat luar negara amat mengagumi seni ukir kayu yang dibuat pengukir di kalangan masyarakat itu. 

Dalam pada itu, Rais turut mengumumkan dana berjumlah RM50,000 akan diperuntukkan kepada belia kaum itu bagi mempelajari seni ukir kayu. 

“Kita nak pastikan seni ini tidak pupus, dengan peruntukan terbabit disumbangkan oleh Yayasan Budi dan Yayasan Albukhary. 

“Selain itu, kita menyediakan sebuah bilik pameran di pejabat Yayasan Budi, Kuala Lumpur kepada masyarakat Mah Meri mempamerkan hasil kerja mereka,” katanya. 

Rais juga mengingatkan kepada remaja masyarakat Orang Asli supaya belajar bersungguh-sungguh ketika berada di bangku sekolah dan menegaskan ilmu pengetahuan amat penting bagi memacu masa hadapan mereka yang kian mencabar. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya