'Sudah jadi kerajaan tetapi masih berkelakuan pembangkang' - Utusan Malaysia

‘Sudah jadi kerajaan tetapi masih berkelakuan pembangkang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID TANAH: Tindakan parti lawan menyerang, mencaci dan menghina Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 disifatkan sebagai tabiat pembangkang yang masih diamalkan meskipun sudah berada dalam kerajaan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendekatan BN pula lebih tertumpu kepada mengetengahkan manfaat yang boleh dibawa kepada rakyat berbanding memburukkan parti lawan.

“Itu memang menjadi tabiat semula jadi mereka. Walaupun sudah menjadi kerajaan, tetapi masih lagi berkelakuan seolah-olah mereka parti pembangkang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepatutnya sebagai parti kerajaan, mereka perlu menonjolkan bagaimana kerajaan sekarang, khususnya di peringkat Persekutuan, dapat memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai apa yang mahu dilakukan, apa yang sudah dilaksanakan dan apa yang sudah dicapai. Tetapi DNA pembangkang itu memang tidak lekang daripada mereka,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program ramah mesra dan sarapan pagi bersama masyarakat Lendu di Durian Daun, di sini, hari ini..

Mengulas kempen PRN yang berbaki kurang seminggu, Mohamad berharap semua pihak dapat mengamalkan pendekatan berkempen secara berhemah dan tidak terpengaruh dengan tindakan parti lawan.

“Jadi, saya harap petugas dan penceramah BN serta Perikatan Nasional (PN) tidak mengikut rentak sedemikian.

“Sejak awal, selepas penamaan calon, saya sudah mengingatkan supaya BN dan PN menjalankan kempen secara tertib.

“Kita juga perlu memujuk pengundi supaya terus bersama-sama memberikan sokongan kepada BN dan PN. Insya-Allah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini