Peguam Negara diminta menghadap Agong - Utusan Malaysia

Peguam Negara diminta menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar diminta supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menjelaskan isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi menghadap itu membolehkan Mohd Dusuki menjelaskan kekangan undang-undang yang timbul berikutan titah berkenaan, khususnya apabila ia turut membabitkan kes kedua Najib berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya telah minta supaya Peguam Negara segera menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong memohon ampun dan menjelaskan mengapa keputusan itu diterima untuk kes SRC, tetapi ada masalah kerana melibatkan kes kedua iaitu kes 1MDB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada yang menafsirkan ia berjalan pada tahun 2008, ada yang mengatakan mahkamah tidak memberikan bail ikat jamin, jadi sebab itu perlu masa untuk menetapkan secara muktamad oleh badan kehakiman dan ini bukan bidang kuasa saya,” kata beliau selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Lim Hui Ying serta Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini