NKVE di Shah Alam banjir lagi, semua lorong ditutup

[TERKINI] NKVE di Shah Alam banjir, laluan Seafield-Setia Alam dibuka

NKVE banjir
LALUAN di kedua-dua arah di KM 9.1 Lebuhraya NKVE digenangi air menyebabkan lencongan di Plaza Tol Setia Alam, Lebuhraya Elite dan Plaza Tol Shah Alam, di Shah Alam, hari ini. - Gambar PLUS Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Laluan di kedua-dua arah di Kilometer (KM) 9.1 Lebuhraya Utara Lembah Klang (NKVE) masih ditutup yang turut melibatkan laluan masuk dan keluar Plaza Tol Shah Alam dan susur masuk Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) apabila kawasan tersebut dilanda banjir.

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam makluman perkembangan menerusi Facebooknya berkata, semua lorong di KM 9.1 masih ditutup, bagaimanapun semua lorong di Persimpangan Shah Alam dari arah Seafield ke Setia Alam dibuka.

“Trafik arah Utara dari Bukit Raja dilencongkan ke Plaza tol Setia Alam manakala Trafik arah Selatan dari Subang dilencongkan ke Lebuhraya ELITE. Laluan dari Lebuhraya Guthrie (GCE) menuju ke Plaza tol Shah Alam masih ditutup,” katanya di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, banjir dilaporkan berulang selepas hujan lebat turun malam tadi menyebabkan laluan di KM 9.1 di laluan masuk sebelum dan selepas Plaza Tol Shah Alam di Lebuhraya NKVE terhalang.

PLUS dalam makluman menerusi Facebooknya memaklumkan banjir berlaku sejak pukul 2.03 pagi, namun ketika itu keadaan masih terkawal.

Bagaimanapun, sehinga pukul 5.30 pagi paras air dilaporkan semakin meningkat menyebabkan semua lorong ditutup melibatkan kedua-dua arah dari Subang, Seafield dan Bukit Raja.

“Semua lorong masih ditutup. Trafik arah Utara dari Bukit Raja dilencongkan ke Plaza tol Setia Alam manakala Trafik arah Selatan dari Subang dilencongkan ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

“Banjir kilat di Elite di persimpangan Shah Alam dari arah Seafield ke Setia Alam. Trafik dilencongkan sementara ke Plaza tol Shah Alam,” katanya.

Kejadian banjir di kawasan tersebut dilaporkan berlaku kali kedua dalam tempoh dua hari selepas kali pertama berlaku kelmarin kira-kira pukul 5.30 petang selepas hujan lebat turun lebih sejam yang turut menyebabkan kesesakan trafik dari pelbagai arah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini