Integriti, tatakelola, kerenah birokrasi sektor awam diperkemas

Integriti, tatakelola, kerenah birokrasi sektor awam diperkemas

Integriti
TENGKU Amir Shah melafazkan titah perasmian pelancaran Buku Kepimpinan Sultan Selangor dalam Integriti, Tatakelola dan Kesejahteraan Negeri: Daulat Tuanku pada Konvensyen Integriti Nasional sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional 2026 di Shah Alam, hari ini. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli hadir ke Majlis Perasmian Konvensyen Integriti Nasional (KIN) sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional (SBIN) 2026 di sini, hari ini.

Baginda hadir mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis tersebut yang bertemakan ‘Integriti Kita, Nilai Kita’.

Pada majlis tersebut, Tengku Amir Shah juga turut berkenan menyaksikan forum ‘Integriti Bermula dari Rumah: Memupuk Nilai Ke Arah Masyarakat Sejahtera’ dan seterusnya melancarkan buku ‘Kepimpinan Sultan Selangor dalam Integriti, Tatakelola dan Kesejahteraan Negeri: Daulat Tuanku.’

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam ucapan alu-aluannya berkata, sektor awam negara ini sedang memperkemas integriti, tatakelola selain usaha memperkemas proses dan mengurangkan kerenah birokrasi diperkukuh.

Beliau berkata, dari sudut integriti dan tatakelola, sektor awam perlu menilainya melalui tiga lensa utama iaitu globa, rantau ASEAN dan realiti nasional.

“Di peringkat global, ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan institusi semakin menjadi prasyarat penting kepada keyakinan pelabur serta daya saing sesebuah negara.

“Dalam konteks ini, pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Pasukan Khas Reformasi Agensi (STAR) menunjukkan perkembangan yang menggalakkan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Institut Integiriti Malaysia (IIM) berkata, Malaysia melonjak lapan anak tangga dalam Penarafan Daya Saing Dunia (IMD) 2026 kepada kedudukan ke-15 daripada 70 ekonomi dunia.

Pencapaian itu menempatkan negara di kedudukan kedua paling berdaya saing di ASEAN selepas Singapura.

”Dalam aspek kecekapan kerajaan pula, Malaysia berada di tangga ke-14, manakala Kecekapan Perniagaan di tangga ke-16dan Indikator Birokrasi di kedudukan keenam dunia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shamsul Azri menambah, bagi menggalas agenda integriti negara, IIM sebagai peneraju memperkenalkan inisiatif berimpak tinggi antaranya antaranya Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) dan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).

Inisiatif seterusnya Modul Integriti Keluarga (MIKe) dan Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa).

Malah, beliau menjelaskan, dalam konteks penjawat awam, penghayatan terhadap keadilan dan ihsan hendaklah diterjemahkan melalui tadbir urus yang berintegriti, mengelakkan salah guna kuasa, pengurusan sumber awam yang berhemah serta penyampaian perkhidmatan awam yang adil, cekap dan berperi kemanusiaan.

Katanya Shamsul Azri lagi, ia selaras dengan titah Sultan Sharafuddin sempena Istiadat Pembukaan Sidang Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor pada 28 Mac lalu yang menegaskan kesinambungan kemajuan negara amat bergantung kepada urus tadbir yang mantap dan penerapan prinsip keterbukaan, integriti dan bertanggungjawab.

“Setiap penjawat awam awam hendaklah sentiasa menginsafi di sebalik setiap dasar, keputusan dan tindakan pentadbiran terdapat amanah serta harapan rakyat yang perlu dipelihara,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini